Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, January 04, 2010

Tuhan orang Kristian pun Allah juga.

MUNGKIN lain orang lain pendapatnya. Bagi aku senang saja, buat apa nak susah-susah kepala dengan perkara yang tak patut disusahkan.

Sebagai orang Islam yang beriman, aku percaya tuhan orang Kristian pun Allah juga. Tuhan yang menciptakan orang Kristian adalah juga tuhan yang menciptakan orang Islam dan orang Budha, dan tuhan itu jugalah yang menciptakan lembu dan kambing.

Apa kita perlu ambil peduli kalau mereka nak sebut nama tuhan mereka dengan nama apa pun. Itu soal rumahtangga mereka, kenapa kita pulak yang nak menyibuk dan menyalak tak tentu pasal.

Lebih baik kita buat kerja kita, tumpukan usaha macamana nak bawa anak-anak muda kita bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengabdikan diri kepada penciptanya. Banyak anak muda kita masa kini telah tersasar dari akhlak yang mulia dan mereka tidak lagi berasa takut untuk melakukan dosa. Mereka seperti telah bertuhankan hiburan dan nafsu.

Janganlah kita cuba mengalihkan masalah yang kita hadapi kepada benda-benda yang tidak mendatangkan faedah langsung kepada agama. Apa perlunya kita pergi ke jalan-jalan sambil meracau-racau seperti kena sawan yang kononnya seperti nak membela agama, betulkah dengan perlakuan kita itu akan menjadikan agama kita lebih mulia?

9 comments:

Gedung Akal said...

Betul tuan. Kita perlu realistik dan jangan takut2kan generasi muda dan orang islam yang malas belajar tentang kelangsungan Islam.
Islam hanya akan hilang bila hampir tibanya kiamat. Sebelum tiba detik itu bersiap sedia persiapkan diri dan anak-anak agar terus istiqamah dengan Islam.

audralailiey said...

Saya Setuju juga dalam pandangan saudra ini. Kita septtnya menghormati agama yagng lain juga bukan kita membuat perbalahan yang tidak septtnya berlaku di negara kita sendiri ini. Negara dekmokrasi so kita seharusnya rasional dalam pelbagai perkara dalam negar kita. Dan kita juga seharusnya memperlihatkan contoh yg baik kepada generasi kita yg akan datang sepeti adik2 kita dan juga anak-anak mereka yang lain kan dalam lebih bertaqwa lagi kepada yg mah esa kan....

Ini sampai nak bakar semua rumah-rumah ibadah agama yg lain. Kan itu salah dari segi undang2 dan juga agama kita sendiri kan....so baut pe nak pning kan kepala kita....sebnarnya benda adalah mudah dan xperluh d perbesarkan lagi.

Anonymous said...

slm.maaf..tapi bg sy isu kalimah Allah ni cukup sensitif.bagaimana dgn menggunakan kalimah Allah itu, dakyah org Kristian utk mengkristiankn org islam m'jadi lebih meluas dan lebih mudah.pikir2 lah sendiri.tepuk dada tanya iman...t'pulang lah bg anda utk mengatakn sy b'fikiran sempit..tp jika kalimah Allah ini dibenarkn utk digunakn oleh pihak Kristian, ini akn sedikit sbyk akn m'mberi kesan yg negatif t'hadap Islam.

Anonymous said...

slm.maaf..tapi bg sy isu kalimah Allah ni cukup sensitif.bagaimana dgn menggunakan kalimah Allah itu, dakyah org Kristian utk mengkristiankn org islam m'jadi lebih meluas dan lebih mudah.pikir2 lah sendiri.tepuk dada tanya iman...t'pulang lah bg anda utk mengatakn sy b'fikiran sempit..tp jika kalimah Allah ini dibenarkn utk digunakn oleh pihak Kristian, ini akn sedikit sbyk akn m'mberi kesan yg negatif t'hadap Islam.

andy said...

Harun Din telah mengeluarkan kenyataan yang amat bertentangan dengan pendirian parti Pas iaitu siapa yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan islam, ia mungkin akan menyebabkan KUFUR !!

ambo lebih kepada dakyah org Kristian utk mengkristiankn org islam m'jadi lebih meluas dan lebih mudah.pikir2 lah sendiri.tepuk dada tanya iman.

kenapa baru sekarang mau claim nama ALLAH??

Ambo ucapkan taniah pada kerajaan dlm selesaikan masalah ini.

E_ddin said...
This comment has been removed by the author.
E_ddin said...

Bukan soal tuhan orang Nasrani atau tuhan Orang Melayu itu Allah atau bukan Allah. Soalnya sekarang ialah kenapa orang melayu bertengkar sesama sendiri walhal sebelum ini tidak. Yang jelasnya kelompok PAS yang kononya mengaku sebagai pejuang jati Islam pun mengepal buku lima sesama sendiri untuk mempertahankan fahaman masing-masing. Yang mengaku ulamak baik dari kaum muda atau kaum tua, yang berparti atau tidak pun mengambil kesempatan mempromosikan mazhab masing-masing. kita sebagai orang awam jadi bingong dibuatnya.Siapakah yang menjadi dalang dan "batu api" sehingga keadaan jadi begini? "Manusia" atau "setan"? Pada saya ini semua berpunca orang Islam sudah kehilangan rahmat Allah. Boleh jadi juga Allah dah menyampah tengok muka, keimanan dan amalan kebanyakan orang melayu di sebelah sini. sebab tinggalkan kerja dakwah. sebab tak indahkan hukum tuhan. sebab terlalu mementingkan diri sendiri. Sebab terlalu sibuk cari rezeki. Sampai otak cerdiknya tak boleh nak fikir akan perancangan, strategi setan dan orang Nasrani supaya orang Islam berlaga sesama sendiri. Ini semua kerana terlalu cintakan dunia - harta,pangkat dan bini tapi pada masa yang sama takut mati, takut hilang undi, takut hilang gaji dan takut hilang pengaruh. Yang sebenarnya cintanya kepada "Allah" pun wallahu 'alam.

paderi katolik said...

Islam perlu di permudahkan.
Islam perlu mudah.
Sebab kalau tidak anak Melayu akan lari dari Islam totok arab.

Panggillah mereka murtad ke, sokong katolik ke..

sebenarnya kerana mahu kebebasan dan keseronokan.

Islam totok arab tak dapat bertahan di dunia yang terbuka dan internet.

Jadi untuk mengintai orang beromen, merotan orang melayu minum arak semua itu sia -sia.

Korang alim sangat dia orang jadi katolik! Main bontot mcm AI

Bebas...

sejarahdunia said...

Gereja Katolik adalah peninggalan penjajah.

Kristian tak lagi dipakai di barat.
Mereka sekular.

Mitos macam dunia ini leper, manusia boleh hidup kembali mcm jesus itu semua omong kosong yang tak dibenarkan di ajar di US.

Dari itu ko jangan pula bangga bila Cina Kristian Lau Bee Lan dan Keling Kristian bergabung kata
Allah bapa Jesus.

Biar apa pun UMNO tetap mempertahankan bangsa dan negara!

Ini soal penjajahan minda orang KAdazan, orang Cina dan India oleh ugama yang paling jahat dalam sejarah manusia moden.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com