Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, April 10, 2009

PM Najib perlukan tonggak baru UMNO

Memang sukar untuk membaiki labu yang telah rosak. Tetapi apa boleh buat, hanya ada dua pilihan saja buat PM Najib, Do or Die.

Dalam hasratnya untuk melaksanakan pembaharuan dan perubahan, pastinya beliau akan menghadapi tentangan yang hebat dari kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang telah terbiasa dengan amalan-amalan lama.

Kalau beliau benar-benar bertekad kearah itu, maka beliau perlu ada kesungguhan, ketegasan dan yang lebih penting keberanian membuat keputusan. Dia juga perlukan seorang panglima harimau berantai yang menjadi tonggak kekuatannya.

Semasa Tun Mahathir menjadi PM, beliau mempunyai tonggak yang begitu ampuh bernama Anwar Ibrahim. Kehilangan Anwar Ibrahim menjadikan Mahathir lumpuh tak bermaya.

Di waktu itu Mahathir melihat Anwar mempunyai aura yang kuat yang boleh memikat golongan muda terutamanya mahasiswa universiti yang selalu mendatangkan masalah kepada pemimpin negara.

Kemasukan Anwar ke dalam UMNO ketika itu benar-benar memberi faktor 'wow' kepada UMNO, sehinggakan parti pembangkang terutamanya PAS menjadi macam hidup segan mati tak mahu.

Oleh itu Najib harus mencari Anwar baru dalam UMNO untuk menjadi tonggak kekuatannya.

2 comments:

Ciku said...

Anwar baru?

Mana ada bro

Siapa dia

Khairy Jamaluddin?

Tak laku dah bro

Takde orang muda nak sokong UMNO bro selagi UMNO tu menipu dan merepek

Biar saja la UMNO tu tenggelam bro

Mari kita cari satu Anwar Ibrahim baru di kalangan Pakatan Rakyat

King Castle said...

Adakah orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim masih ada lagi di dalam UMNO?

Rasanya dah tak ada dah...

Datuk Seri Anwar Ibrahim is the best for Malaysia...

Mari kita doakan semoga beliau sihat walafiat...

Amin

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com