PARTI PKR di Penanti terlalu kuat atau dominan sehingga telah memantulkan selera BN untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil di sana.
Keadaan seperti ini tidak patut berlaku kerana ia tidak memberi keuntungan kepada rakyat dalam sebuah Negara demokrasi.
Kita tidak boleh membiarkan satu-satu parti politik itu terlalu kuat di sesuatu kawasan sehingga parti lawan dapat menjangka kekalahan mereka lebih awal.
Apabila parti UMNO atau BN tidak menyertai pertandingan di Penanti, menyebabkan kemeriahan pilihanraya kecil menjadi pudar dan tidak bersemangat seperti selalunya.
Ekoran itu tidak ada projek-projek ‘mee segera’ yang ditaburkan oleh BN semasa pilihanraya itu. Tidak ada keperluan untuk menurap jalan-jalan dengan tar. Tidak ada bantuan segera untuk mengganti atap rumah penduduk-penduduk yang usang dan bocor.
Orang-orang kuat parti dan penyokong dari luar pun tidak ada semangat hendak datang untuk berkempen di Penanti. Sudah tentu orang kuat dan penyokong parti UMNO atau BN dari luar tidak menjejakkan kaki ke Penanti kerana parti mereka tidak menyertai pilihanraya itu.
Bila mereka tidak datang berkempen maka hotel-hotel di Penanti dan sekitarnya pun tidak dapat menaikan harga sewa yang tinggi, rumah-rumah kosong pun belum tentu dapat disewakan, peniaga-peniaga terutamanya pengusaha restoran pun tidak dapat meraih untung yang banyak. Dengan kata lain tidak ada ‘durian runtuh’ yang dapat diterima rakyat di pilihanraya kecil di Penanti sepertimana pilihanraya kecil yang lain itu.
Berbanding dengan sebelum ini, setiap kali BN atau UMNO menyertai pilihanraya kecil, mencurah-curahlah projek 'mee segera' datang ke kawasan tersebut. Bila hal pelik ini ditanyakan kepada PM atau TPM maka dengan selamba kita akan dapat jawapan skema dari mereka, "Semua projek-projek ini memang kita telah rancang dari awal bukan disebabkan pilihanraya kecil". Tetapi kita tentu sangsi dengan jawapan itu, apakah di Penanti tidak ada projek-projek yang dirancang lebih awal?
Itu adalah antara kelebihan dan kebaikan yang mudah kita nampak bila mempunyai parti lawan yang kuat. Parti lawan yang kuat akan dapat mewujudkan fungsi 'check and balance' yang sangat berkesan yang mana ini akan memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.
Oleh itu kita kena menjadi rakyat yang bijak dalam berpolitik. Kita tidak perlu taksub kepada mana-mana parti politik. Parti politik bukan agama yang mesti kita anuti. Parti politik adalah landasan untuk orang yang ingin menjadi pemimpin dalam amalan demokrasi. Demokrasi adalah mekanisma untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk memimpin rakyat, tanpa melalui pertumpahan darah. Demokrasi menjamin yang terbaik sahaja yang akan terpilih.
Kita kena belajar dari orang Cina yang sangat cerdik dalam berpolitik, mereka tidak sentiasa memihak kepada MCA dan GERAKAN begitu juga tidak sentiasa memihak kepada DAP dalm memberi undi mereka. Bagi mereka parti mana yang dapat memberi keuntungan kepada kaum mereka pada satu-satu masa dan keadaan itu, parti itulah yang akan mereka beri undi.
Oleh itu kita patut mengambil contoh masyarakat Cina ini dalam berpolitik. Tetapi untuk masa akan datang, janganlah kepentingan kaum menjadi keutamaan dalam memberikan undi seperti yang dilakukan oleh kaum Cina ini. Sudah sampai masanya kita menukar persepsi lama ini dengan melihat keuntungan rakyat secara keseluruhan bila kita membuang undi, bukan terbatas kepada keuntungan kaum sahaja.
Kalau kita benar-benar mahu melihat konsep Satu Malaysia menjadi kenyataan, maka semua masalah hendaklah dikaitkan dengan masalah rakyat Malaysia keseluruhan bukan melihatnya sebagai masalah kaum kita sahaja.
PERLEMBAGAAN CANTIK DAH, TAPI PIMPINAN?
5 hours ago
3 comments:
Assalam wbt.
Sebenarnya lebih baik parti itu kuat ttp benar,jujur dan ikhlas dalam bekerja untuk rakyat daripada parti yg tidak kuat dan lemah yg sudah semestinya akan gagal serta tidak akan diberi ruang dalam memperjuangkan rakyat. Manakala parti yg seimbang pula antara pemerintah dan pembangkang akan membawa masalah kpd rakyat contohnya di Perak. Oleh itu eloklah parti itu kuat ttp tahu apa yg nak lakukan dan telah lakukan untuk kepentingan rakyat.
Wassalam.
Sebuah negara demokrasi seperti negara kita perlukan keseimbangan dari segi kuasa yang dipegang oleh parti-parti. Lihatlah bagaimana monopoli BN selama 50 tahun ini telah memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin mereka untuk menjadi korup and leka dalam tugas mereka. Oleh itu, saya setuju dengan pandang saudara. Perlu adanya keseimbangan antara parti kerajaan dan pembangkang supaya wujudlah "check and balance" yang menjamin kestabilan dan ketulusan perlaksanaan kerajaan.
kalau kau nak meriah ko pergi la ke funfair....meriah sungguh.
nak ikut politik cina ....?? ko dah tau PAS dikudakan oleh DAP ko masih juga nak sokong PAS...?? cerdik ke tu..??
liass liass....cara ko berfikir/politik dah tertinggal 10 thn.
RAMBO - Parit Sulong
Post a Comment