Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Sunday, June 07, 2009

Bukan masalah kaum pendatang dengan kaum pri bumi tetapi masalah diskriminasi dan peminggiran kaum.

BUKAN sahaja Negara kita Malaysia malah banyak Negara-negara di dunia yang sedang dan telah melalui konflik antara kaum pendatang dengan kaum pri bumi. Dari benua Amerika yang melibatkan kaum Red Indian penduduk pri bumi dengan pendatang bangsa Eropah, hinggalah ke benua Australia yang melibatkan penduduk asli Australia dengan pendatang kulit putih.

Kaum pri bumi merasakan hak-hak mereka dirampas oleh kaum pendatang. Manakala kaum pendatang pula terpaksa bekerja keras dan bersaing untuk meneruskan kehidupan di perantauan.

Dalam konteks kita di Malaysia, etnik suku kaum bumiputra dianggap kaum pri bumi manakala kaum Cina dan kaum India dianggap sebagai kaum pendatang.

Kenapakah selepas 50 tahun kita merdeka kita masih menganggap kaum Cina dan kaum India sebagai kaum pendatang. Sedangkan boleh dikatakan semua mereka itu lahir di Negara ini.

Telah pun menjadi satu deklarasi hak asas manusia yang disepakati seluruh dunia bahawa setiap anak adalah mempunyai hak untuk menjadi warga di tempat dia dilahirkan. Mendapat hak sebagai warganegara di tanah dia dilahirkan itu adalah hak asas kepada manusia sebagaimana hak asas manusia untuk mendapat kebebasan bersuara.

Oleh itu apa yang melanda hubungan kaum di Negara kita sekarang ini bukannya masalah kaum pendatang dengan kaum pri bumi tetapi adalah masalah diskriminasi dan peminggiran kaum.

Sikap terlalu mempertahankan kaum masing-masing menyebabkan terbinanya tembok pemisah antara kaum-kaum. Kita bukan lagi bersaing secara individu sebagai rakyat Malaysia tetapi bersaing secara perkauman. Kita semua bergerak dan bekerja untuk kaum kita bagi menyaingi kaum lain. Kita mahu kaum kita menguasai segala bidang mengatasi kaum yang lain.

Apabila kita melihat segalanya melalui kacamata perkauman, tidak mungkin kita dapat membina satu perpaduan yang luhur. Apa yang kita alami sekarang hanyalah perpaduan dalam bentuk persefahaman. Sehingga kini memang wujud persefahaman dalam politik antara kaum tetapi ini tidak bermakna ada perpaduan.

Kita sedar terdapat tembok-tembok pemisah yang tebal antara kaum-kaum ini, tetapi kita seperti tidak mengambil serius untuk memecahkan tembok-tembok penghalang ini.
Kita begitu selesa untuk terus hidup dalam kelompok dan lingkungan kaum kita sahaja.

Apabila kita bersaing berdasarkan kaum masing-masing, satu kaum itu akan cuba menguasai dan mengalahkan kaum yang lain. Bila persaingan antara kaum menjadi sengit ini akan melahirkan sikap di mana satu kaum itu mendiskriminasi dan meminggir kaum yang lain.

Pemimpin politik pula didepan kita begitu lunak melaung-laungkan perpaduan, dalam masa yang sama mereka jugalah yang terus menebalkan tembok-tembok pemisahan kaum ini. Mereka jugalah yang bangga dilihat sebagai juara dan hero yang memperjuangkan kaum masing-masing semata-mata untuk mendapat keuntungan politik bagi faedah diri mereka.

6 comments:

Anonymous said...

Tuan
Tulisan sangat sedap dibaca tetapi sangat pahit untuk ditelan. Tuan nampaknya sangat sebati dengan perjuangan pkr yang dipimpin pemikir agung Melayu itu.

Adakah tuan sedar dengan apa yg tuan tuliskan? Sebenarnya tidak ada negara di dunia ini tuan, yg kaum pribuminya banyak mengalah dan betimbang rasa sebagaimana yg berlaku di negara ini. Di mana dalam dunia ini kaum mendatang boleh bersekolah dengan bahasa mereka sendiri- Cinanya, Tamilnya? Di mana dalam dunia ini apabila satu kaum yg asalnya pendatang boleh membeli saham amanah berharga hampir RM1 bilion dalam masa tak sampai tiga jam, 2X? Di mana dalam dunia ini apabila kaum pendatang menguasai bisnes hingga kaum tuan menjadi kuli yg menguruskan segala kerja dari jaga, jurujual, juruangkat, drebar bagi pihak tuan mereka.

Segalanya boleh disamakan apabila ketidaksamaan2 di atas dapat diatasi terlebih dahulu. Hari ini tuan, kalau Malaysia ini ditenderkan utk dijual, maka Melayu boleh kata berapa saja harganya orang lain akan bayar. Kalau diri tuan sendiri sanggup dijual saya pasti mereka akan membelinya. Mereka banyak wang, tuan banyak wangkah?

Hari ini tuan, kaum yg kaya itu sanggup dan boleh buat apa sahaja, mereka tak perlukan bantuan kerajaan. Apa yg mereka perlukan ialah permit/lesen untuk mereka jalankan sesuatu projek. Kaum tuan dapatkah berbuat begitu? Saya dan ramai lagi Melayu masih lemah tuan, masih perlu dibantu kerajaan untuk kehidupan seharian. Tuan lainlah, dah sekolah tinggi sebab itu berupaya memberi idea bernas seperti dalam tulisan di atas.

Harap tuan faham dan jangan berbelanja boros sangat tentang bangssa Melayu ni tuan.

massmerah

PARPUKARI said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

kekwa66 said...

Kaum Pendatang??!!
Saya rasa hanya orang Asli sahaja bukan! melayu, cina, india, semuanya kaum pendatang!!
Depan Allah, manusia semuanya pendatang, menumpang di bumi ni hanya sementara, buat apa nak rebut2, nak bising2! Bersyukurlah dengan apa yang ada!

vesewe said...

Got NEP, you complain! Abolish NEP, you make noise!

Become Ali Baba, you lament! Ask you to work hard, you don't want!

And you keep on blaming other communities for everything!

"Pathetic" is the word my malay friends!

coolooc said...

This country was all along a land for Orang Asli. The Chinese originated from China, Indians originated from India, malays originated from Indonesia etc. China get to give priority to the Chinese, India get to give priority to the Indians, and the malays are just freeloading from the Orang Asli land by claming it is bumi land.

This is because they are doing what Allah said……….Allah told malays to come from Indonesia and steal the land from Orang Asli and use Orang Asli as slaves. So when is Malaysia giving priority to Orang Asli?

The only time Malaysia is not a racist country is when an Orang Asli becomes the prime minister of Malaysia - which is never - it is a genocide in the name of Allah!

ruyom said...

The truth is that Umno has ruled supreme for the last 50 years. It always got its way because the dominant ethnic majority of the country always supported its policies.

The state of the nation is corrupt, discriminatory, inefficient, racist, unjust, and backward. If Malaysia stinks then it is because Umno stinks.

If the "morals of the country" stinks, then it is because the morals of Umno politicians stinks.

I won't even discuss the morality of explosives and murder of foreign nationals as most people seem to be able to tell the difference between right and wrong in this instance.

Instead, I shall talk about Umno corruption and Umno racism as the former will occasion the disastrous downfall of this nation, and the latter will be the downfall of the malays.

Umno teaches that it is just to discriminate against all non-malays and non-Muslims: business, college universities, education opportunities, government contracts, jobs, schools, taxes, and even finding a cemetery to bury the dead.

Umno teaches that it is right to discriminate on the basis of a person culture, language, race or religious belief.

In front of malays, it speaks of the race and religious, cultural and language supremacy, glorification of ethnic and power subjugation, and in front of non-malays, it speaks of tolerance and unity in diversity.

To the vernacular schools it gives a pittance for support, and to malay language schools, there is no need to be diplomatic and call them "national language" schools, it gives 100% support.

As for English medium schools, the type that made Malaysia education the best in South East Asia, and our school leavers the most sought after anywhere in the civilised world, they were made extinct, courtesy of Umno cultural fantasies and language supremacist.

So we are left with unemployable graduates with deplorable job skills and prospects.

Umno language supremacist policies caused the extinction of the best high quality education that Malaysia and the malays would ever know.

Umno perversion of the very idea of meritocracy in favour of racist discrimination has ensured the lack of meritocractic competition for all Malaysians.

Later or sooner, the malays will realise that denying meritocracy to non-malays guarantees that there can be no meritocracy for malays even within their own community.

Umno policies caused a brain drain to Australia, Canada, New Zealand, UK, and the US.

The fact that there is no entitlement complex nor inferiority complex or notable NEP dependence amongst the non-malays is no accident.

If the non-malays were the dominant ethnic majority, and they had an Umno-like racist party to lead them with promises of ethnic privileges, ethnic supremacy and racial discrimination, then I believe they would have lost their self-belief, self-confidence, and self-respect too.

Farish Noor once said "Umno ternak melayu untuk disembelih".

I agree, and if the dominant ethnic majority fails to see past Umno false gods of ethnic aggrandizement and seductive promises of ethnic supremacy, then we are all finished.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com