TENTU tidak dapat kita bayangkan kesukaran yang mungkin kita hadapi kalau setiap negeri di dalam Malaysia merupakan Negara-negara yang merdeka dengan pemerintahan sendiri.
Kesukaran yang amat ketara ialah kita kena berhenti disetiap sempadan negeri untuk proses memeriksa dan mencop passport kita setiap kali kita keluar masuk antara satu negeri ke negeri yang lain. Dan mungkin kita perlukan memohon visa jika ingin tinggal lebih lama di negeri lain.
Beratur panjang untuk membayar tol lebuh raya pun kita sudah berasa rimas apatah lagi terpaksa beratur untuk berdepan dengan kerenah imegresyen dan kastam. Katakan kita tinggal di Johor, dan kita ada urusan atau ingin melancung dengan menaiki kereta ke Pulau pinang, ini bermakna kita terpaksa berhenti untuk pemeriksaan imegresyen di enam sempadan negeri iaitu di sempadan Negeri Melaka, di sempadan Negeri Sembilan, di sempadan Negeri Selangor, di sempadan Negeri Perak, di sempadan Negeri Kedah dan akhir sekali di sempadan Negeri Pulau Pinang.
Mungkin lebih mudah kita menggunakan pengangkutan udara tetapi kosnya mungkin lebih mahal dan kita jadi ‘patah kaki’ kerana tidak dapat membawa kenderaan sendiri. Tetapi syukurlah keadaan seperti di atas tidak berlaku dan saya percaya semua kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku pada masa akan datang dan sampai bila-bila pun. Walaupun kita asalnya orang Negeri Sembilan tapi kita bebas bergerak, bekerja dan tinggal di mana-mana sahaja di dalam Malaysia yang kita suka.
Hanya kita rakyat Malaysia sahaja yang dapat merasakan bagaimana nikmatnya dan selesanya kita bebas bergerak ke semua negeri-negeri dalam Malaysia ini. Sekalipun kalau diberi pilihan setiap negeri untuk berpisah dan memerintah sendiri pasti tidak ramai rakyat yang berminat dengan pilihan itu. Dan saya percaya kalau rakyat Singapura diberikan keistimewaan bergerak bebas untuk keluar masuk ke Malaysia, tanpa perlu kepada pemeriksaan passport dan kastam, mereka bebas untuk tinggal dan bekerja di mana-mana saja mereka suka di Malaysia tanpa permit dan visa seperti rakyat Malaysia lainnya tentulah mereka tidak akan menolak keistimewaan yang diberikan kepada mereka itu.
Selama ini rakyat Singapura yang lebih 4 juta itu tertumpu dan berhimpit dalam satu negara pulau yang kecil. Keinginan rakyatnya untuk keluar masuk ke Malaysia memang tidak boleh dinafikan. Dari segi sejarahnya, geografinya dan sosial budayanya, Singapura dan Malaysia khasnya Semenanjung memang amat dekat dan rapat. Rakyat dari kedua-dua negara ini kerap keluar masuk bukan sahaja disebabkan untuk membeli belah atau urusan kerja tetapi juga untuk menziarah sanak-saudara mereka.
Sebahagian besar rakyat Singapura tidak kira mengira kaum, samada Cina, Melayu atau India mempunyai pertalian darah atau sanak saudara di Semenanjung Malaysia. Pertalian darah ini bukan sahaja telah berlaku sebelum negara ini merdeka lagi tetapi ia berterusan hingga hari ini kerana wujudnya hubungan yang dekat dari segi geografi, budaya dan bahasa mereka, menyebabkan ramai rakyat Singapura yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.
Oleh itu kalau di peringkat rakyat biasa, kita mungkin tidak menghadapi masalah besar untuk mencantumkan kedua-dua negara ini semula, malah mungkin mereka amat mengalu-alukanya. Halangan yang ada mungkin datang dari pemimpin-pemimpin politik yang masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda yang berlainan.
Bagaimanapun perkembangan politik yang menggalakan berlaku di Malaysia baru-baru ini sedikit sebanyak mungkin dapat membuka mata pemimpin-pemimpin politik Singapura untuk menilai semula pilihan untuk bercantum semula dengan Malaysia.
Situasi Singapura dan Malaysia ini tidak banyak berbeza dengan Negara Vietnam di suatu masa dulu yang pernah berpisah sebagai dua negara iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan, Negara Jerman yang pernah berpisah sebagai Negara Jerman Barat dan Jerman Timur, Negara Yaman yang pernah berpisah sebagai Negara Yaman Utara dan Yaman Selatan.
Semua Negara-negara yang disebutkan tadi mempunyai rakyat yang sama dari segi ras dan sosial budaya tetapi negara mereka dipecahkan disebabkan perbezaan politik. Apabila keadaan politik kedua-dua negara itu mengizinkan untuk bercantum maka mereka tidak menghadapi masalah besar untuk melaksanakannya. Satu lagi negara yang masih menghadapi masalah untuk bercantum semula ketika ini ialah Korea Utara dan Korea Selatan. Apabila keadaan politik dikedua-dua negara tersebut dapat mengizinkan mereka untuk bercantum, tentu mereka akan bercantum juga menjadi satu negara, hanya masa sahaja yang akan menentukan.
Kita dan singapura pernah berada di bawah satu negara satu masa dulu, perbezaan politik telah menyebabkan kedua-dua negara ini mengambil jalan untuk berpisah. Dari psikologinya rakyat kedua-dua Negara ini masih percaya kedua-dua negara ini boleh disatukan semula. Sekiranya di suatu masa nanti wujud persafahaman politik antara kedua-dua negara ini, tidak mustahil rakyatnya akan menzahirkan hasrat untuk berada di bawah satu negara semula.
Berbeza dengan Pakistan dan Bangladesh di satu masa dulu yang pernah bersatu sebagai sebuah negara, agak mustahil untuk kedua-dua negara itu akan bercantum semula. Ini kerana kedua-dua negara itu bukan sahaja berbeza dari segi geografinya tetapi ras dan sosial budaya kedua-dua negara itu juga sangat jauh berbeza, sekalipun rakyat kedua-dua negara itu adalah beragama Islam.
Tidaklah diketahui entah berapa banyak kos yang telah dihabiskan oleh Malaysia dan Singapura untuk membawa pertikaian mereka tentang hak pemilikan beberapa ketul batu di Pulau Batu Putih atau Pedra Branca ke Makamah Antarabangsa ICJ. Memanglah banyak kesusahan dan halangan perlu dihadapi oleh kerajaan dan rakyat bila dua negara mengambil jalan untuk berpisah. Sebaliknya lebih banyak faedah yang diperolehi oleh rakyat jika dua negara ini bercantum semula.
Salah satu faedah yang tidak ternilai yang dapat dirasakan oleh rakyat ialah nikmat kebebasan pergi ke mana sahaja dan boleh tinggal dan bekerja di mana sahaja dalam negara yang bercantum ini.
6 comments:
apa pula nak cantum nie, bangang lah kamu nie????, sudah lama kekayaan negara telah diambil oleh perjanjian berat sebelah. Bagi mereka merasa sket bahawa kesusahan telah dialami Singapura akibat kegawatan ekonomi sekarang. Saya tidak amat bersetuju dengan usaha ini....
saya sokong Malaysia dan Singapura bercantum kembali, kita boleh jadi kuasa besar ekonomi dunia terutama di Asia kerana kedua-dua negara telah melakukan keajaiban ekonomi pada masa lalu (Malaysia berjaya harungi krisis ekonomi Asia tanpa pinjam sesen pun duit dari IMF manakala Singapura pula telah berjaya jadi negara maju walaupun tiada banyak hasil bumi).. bayangkan jika Malaysia dan Singapura dalam pasukan yang sama, keajaiban keluar dari krisis ekonomi dunia dapat menjadi realiti dengan amat cepat, Malaysia sekarang pun adalah ally kuat negara China (bayangkan jika semua dalam pasukan yang sama), bermacam2 idea boleh dilaksanakan .
AKU NAMPAK MALAYSIA BOLEH JADI NEGARA MAJU TAHUN 2020 JIKA KITA SEMUA ADA KEMATANGAN. Lupakanlah sengketa lama, tengok Jerman Barat dan Jerman Timur setelah bersatu, mereka jadi antara kuasa besar ekonomi di eropah.
Mustahil.....mustahil.....kucing keluar tanduk pun malaysia dan singapura tak akan bercantum semula!!
ha ha ha
malaysia nak ambik singapore balik, gila ke apa?
sekarang WPI pun singapore punya...
tanah KTMB kat woodlands pun belom tertuntut!!!
Singapura daapat banyak faedah dari Malaysia..melalui import exportnya..
inilah manusia yang paling bangang aku pernah dengar..nak marahkan nyamuk,,kelambu dibakar..
Post a Comment