Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Thursday, May 14, 2009

PM NAJIB, RAKYAT DIDAHULUKAN


Berikut adalah keputusan dari tinjauan yang dibuat oleh Berita Harian dari pandangan orang awam terhadap krisis politik yang berlaku di Negeri Perak sehingga pukul 12:12 pm 14th May 2009.


TINJAUAN



Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan?

Ya 88.1%



Tidak 10.2%



Berkecuali 1.7%


Dari tinjauan ini jelas menunjukkan rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan.


Tentu keputusan dari rakyat ini akan mendapat perhatian berat dari Datuk Seri Najib yang berpegang kepada Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.


Apakah benar-benar PM Najib akan mendahulukan kehendak rakyat ini sepertimana yang dilaung-laungkannya?
Kalau tidak, jadilah seperti cakap tak serupa bikin.

2 comments:

jonathan ong said...

Saya tidak berapa yakin bahawa PM Najib akan akur kepada kehendak rakyat jelata. Jika beliau benar-benar berpegang kepada konsep 1Malaysia-nya, sudah awal lagi pilihan raya diadakan. Tidak perlu bersandiwara seperti mana yang berlaku di Perak baru-baru ini.

kekwa66 said...

Seperti kata Nizar, BN sekarang macam kena tercekik tulang ikan , nak telan tak boleh, nak luahkan pun susah...haiiii.....padan muka kau!

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com