Di dalam Quran banyak ayat-ayat yang
menceritakan tentang hari kiamat dan padang Masyar. Kita beriman dengan Quran,
sebuah kitab yang tidak diragui kebenarannya. Di bawah adalah sebilangan ayat
yang berkaitan dengan kiamat dan padang Masyar yang telah saya temui dan sempat
saya catitkan.
Ayat Quran dari Surah Toha memberitahu
kita, padang Masyar itu adalah alam yang sama dengan alam yang kita tinggal
sekarang ini juga. Perbezaannya, selepas kiamat keadaan rupa fizikal bumi telah
jauh berubah, tidak lagi ada gunung ganang dan bukit bukau, semuanya rata
belaka dan berpasir.
Keadaannya samalah seperti Acheh yang
dilanda tsunami, kawasan yang di landa tsunami itu berubah keadaan fizikalnya
dengan rumah-rumah musnah dan pokok-pokok tumbang. Tetapi padang Masyar
tentulah jauh berbeda keadaannya.
Kalau satu masa nanti kita terjaga dari
tidur, dan kita lihat di sekeliling kita bukan lagi dalam bilik tidur, tetapi suatu
pemandangan padang yang sangat luas, maka ada kemungkinan itu adalah padang
Masyar.
Bintang-bintang berguguran dan berpadu
dengan bumi kita (seperti kejadian asal), lalu membentuk satu glob yang sangat besar,
yang jauh lebih besar dari glob bumi kita yang ada sekarang. Pembentukan glob
yang besar ini dapat menampung semua jumlah manusia dari Nabi Adam hingga ke
hari kiamat. Kita akan nampak ia seperti sebuah padang yang sangat luas, itulah
dia padang Masyar.
Semasa kita di hari terakhir di sekolah
lama kita, samada darjah 6 atau di tingkatan 5, kita berpisah dengan
kawan-kawan sekolah kita. Selepas itu ada yang kita jumpa semula masa di
university, ada kita jumpa semula masa urusan bekerja, atau ada yang kita jumpa
masa melawat di satu-satu tempat atau daerah. Tapi ada juga yang kita akan jumpa semula dengan mereka di padang masyar.
Rupa-rupanya hari terakhir kita berpisah masa di sekolah itu adalah betul-betul
perjumpaan terakhir semasa di dunia ini.
Surah Thoha (20)
[55]
Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan
ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan
mengeluarkan kamu sekali lagi.
[105]
Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
[106]
"Lalu Ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin".
[107]
Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. (rata).

Surah Al Anbiya (21)
[30]
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
[31]
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

Komen: Banyak kejadian Tuhan
kembalikan sepertimana dimulakan, contoh: manusia, bayi yang lemah kembali
menjadi orang tua yang lemah, bulan sabit mula dan akhir.
[104]
(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan kejadiannya, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

Surah Al Haaqqah (69)
[14]Dan
bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya
dengan sekali hancur, -
Surah Al-Ma’arij (70)
[43]Iaitu
hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar)
dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang
mereka sembah dahulu),
Surah Al-Muzzammil (73)
[14](Azab itu tetap
berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan
menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
[18]Langit
(yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu.
(Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
[8]Oleh itu, apabila
bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
[9]Dan apabila langit
terbelah;
Surah An-Naba’ (78)
[18]Iaitu masa ditiup
sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang
Mahsyar);
[19]Dan
(pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi
ibarat pintu yang terbuka luas,
[20]Dan
gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah
ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
Surah 52. At-Tur
[9]Pada hari langit
(dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
[10]Dan gunung-ganang
bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
Surah 79. An-Nazi’at
[6]Pada masa
berlakunya “tiupan sangkakala yang pertama” yang menggoncangkan alam, (sehingga
mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang
dikecualikan),
Komen: Seperti pokok kering yang
digoncang, daun-daunnya berterbangan.
Surah 81. At-Takwir
Surah 82. Al-Infitar
[1]Apabila langit
terbelah;
[2]Dan apabila
bintang-bintang gugur bertaburan;
[3]Dan apabila lautan
pecah bercampur-baur;
[4]Dan apabila
kubur-kubur dibongkarkan, -
Surah 84. Al-Insyiqaq
[1]Apabila langit
terbelah,
[2]Serta mematuhi
perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
[3]Dan apabila bumi
diratakan,
[4]Serta mengeluarkan
apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Surah 99. Az-Zalzalah
[1] Apabila bumi digegarkan dengan
gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2] Serta bumi itu mengeluarkan
segala isinya,
[3] Dan berkatalah manusia (dengan
perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
Surah 101. Al-Qaariah
[1] Hari yang menggemparkan,
[2] Apa dia hari yang menggemparkan
itu?
[3] Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -
[4] (Hari itu ialah: hari kiamat),
hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
[5] Dan gunung-ganang menjadi
seperti bulu yang dibusar berterbangan.