Kebenaran dan ketelusan itu tidak boleh dipisahkan. Islam
itu agama yang benar, sebagai agama yang benar ia tidak ada kompromi dengan
ketelusan.
Tidak ada pengiktirafan dengan apa yang dinamakan taqiyah
(berpura-pura) dalam ajaran Islam kecuali muslihat yang berupa taktikal atau
strategi dalam peperangan.
Islam tidak mengajarkan hipokrit dan tiada ajaran-ajarannya
terselindung yang perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Islam diajarkan
secara terbuka dan siapa sahaja boleh mempersoalkan ajarannya tanpa dihalang.
Kebenaran Islam ditegakkan melalui hujah, bukan dengan pedang.
Hanya agama yang bathil dan ajaran sesat sahaja yang takut
berhujah dan selalu berahsia kerana bimbang kebohongannya terbongkar.
Ajaran atau mazhab Syiah timbul pada kurun kedua selepas
nabi Muhammad wafat. Penyelewengan Syiah telah didedahkan secara terperinci
oleh Maulana Johari http://bit.ly/1aZnatA
.
Walaupun kalimah syahadah Syiah berbeza dengan syahadah ahli
sunah waljamaah, tetapi secara zahirnya sukar untuk kita mengatakan golongan
Syiah ini adalah kafir.
Mereka telah menambah beberapa kalimah kepada kalimah
syahadah yang asal, yang tentunya kalimah syahadah mereka itu tidak pernah
diucapkan oleh Nabi dan para sahabatnya.
Selain dari kalimah syahadah yang asal yang juga digunapakai
oleh ahli sunah waljamaah, Syiah menambah kata-kata,”Abu Bakar, Umar, Osman,
Siti Aisyah dan Hafsah adalah ahli neraka, dan Ali bin Abi Talib adalah wali
(pembantu) Allah”.
Ali bin Abi Talib sendiri pun tidak pernah mengucapkan
kalimah syahadah seperti itu.
Kalau kita melihat dengan cara pemikiran rasional, Syiah ini
timbul hasil dari pertelingkahan politik, dalam hendak menentukan kepimpinan
umat Islam selepas kewafatan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Syaitan telah masuk campur dalam pertelingkahan ini, yang
memang mahu melihat umat Islam menjadi sesat.
Tujuan utama nabi dan rasul diturunkan adalah untuk mengajak
atau menyeru manusia untuk mentauhidkan Tuhan, menghapuskan perbuatan syirik. Walaupun
kebanyakan Nabi dan Rasul pernah menjadi pemimpin kepada kaumnya tetapi tidak
semua Nabi dan Rasul itu menjadi pemimpin dan raja kepada kaumnya.
Tidak dinafikan, Nabi
Muhamad adalah juga seorang pemimpin kepada umat Islam selain baginda
menjalankan kewajipannya sebagai Rasul. Selepas kewafatannya, siapa saja boleh
menjadi pemimpin kepada umat Islam dan tidak ada nas atau hadis yang mengatakan
urusan memimpin umat Islam mesti dipegang oleh waris baginda.
Begitu juga bagi
meneruskan tugas ‘rasul’ bagi mengajak dan menyeru manusia untuk mentauhidkan Tuhan juga tidak pernah
diletakkan di bahu waris dan keturunan baginda. Sebaliknya urusan ‘rasul’
mengajak manusia ke jalan tauhid itu dipikul oleh alim ulamak dengan
berpandukan Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh baginda itu.
Sedar dan insaflah wahai golongan Syiah. Usah menurutkan
hawa nafsu dan syaitan durjana itu. Kembalilah kepada ajaran Islam yang asal
lagi benar. Husien telah mati dibunuh dan Hamzah bapa saudara nabi juga telah mati
dibunuh. Pembunuh mereka pasti mendapat balasan dari Tuhan, tidak perlulah kita
pula yang menanggung dosa orang-orang yang terdahulu.
Dalam Quran sudah jelas, orang beriman dan beramal soleh
akan memperoleh balasan syurga. Bukanlah menyiksa diri kerana menyesal atas
perbuatan salah moyang kita itu sebagai dikira amalan soleh.
Quran itu sudah lengkap, tidak akan ada lagi wahyu yang akan
turun kepada sesiapa, kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir.
Tidak dinafikan unsur Syiah ini pernah mempengaruhi alam
Melayu kita ini. Mereka membesar-besarkan keturunan saidina Ali. Kacip Fatimah
dan Tongkat Ali adalah tumbuhan herba yang mengambil sempena nama saidina Ali
dan isteri baginda Fatimah. Dalam jampi serapah Melayu juga terdapat nama
saidina Ali. Dalam mentera ilmu kebatinan silat Lincah juga ada disebut nama
saidina Ali.
Kepada orang Syiah, saidina Ali mempunyai kebolehan yang
luar biasa, mempunyai cerita-cerita kesaktian tentang baginda. Saya dulu di
masa kecil pernah mendengar ustaz yang datang berceramah di kampung bercerita
tentang kesaktian-kesaktian saidina Ali yang langsung tidak masuk akal.
Kehebatan dan kesaktian saidina Ali ini direka dan dicipta
untuk politik jangka panjang puak Syiah. Mereka mahu kita percaya keturunan
saidina Ali yang dikenali imam-imam yang maksum itu mempunyai
kelebihan-kelebihan yang luar biasa, mendapat wahyu dari Tuhan, mempunyai
darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Akhirnya apabila kepercayaan ini telah
tertanam kuat dalam diri kita semua, kita tidak akan mampu lagi untuk menolak
mereka menjadi pemimpin umat Islam kerana percaya pemimpin mereka itu adalah pemimpin
pilihan Allah.