Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, August 25, 2009

TV3 selepas PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan

WALAUPUN TV3 adalah sebuah setesen TV swasta di bawah syarikat Media Prima tetapi ia bukanlah sebuah setesen TV yang berpendirian bebas.


Siapa pun yang menonton TV3 akan mudah dapat menghidu kearah entiti politik mana TV3 ini lebih condong.

Memang kita akui TV3 juga tidak pernah ketinggalan dalam melapurkan berita-berita yang berlaku kepada parti politik pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi semua laporan yang berkaitan PR dihidangkan secara nagatif untuk tatapan penontonnya.

Manakala berita-berita yang berkaitan parti politik yang memerintah (BN) dipaparkan secara positif. Hanya perkara-perkara yang baik parti BN sahaja yang akan dipaparkan , manakala perkara-perkara yang buruk yang boleh mencemarkan parti BN pasti tidak akan di siarkan di TV3.

Bukanlah kita mahu TV3 berpihak kepada pembangkang, tetapi sebagai sebuah media di dalam sebuah Negara demokrasi, TV3 harus mewakili sebuah media yang adil dan professional dalam membuat laporan.

Lainlah kalau pihak PR juga diberi lesen untuk untuk mengendalikan stesen TV mereka sendiri, barulah mereka mendapat keadilan dimana mereka dapat menyampaikan pandangan dan suara mereka untuk didengar oleh rakyat jelata.

Apa yang kita lihat sekarang TV3 seolah-olah menjadi setesen TV parti BN, yang sentiasa menjadi alat propaganda dan alat kempen BN.

Apa yang sangat membimbangkan saya, apa akan terjadi kepada TV3 kalau PR menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? Kemenangan PR dalam pilihanraya ke 13 ini bukan suatu perkara yang mustahil lagi.

Sudah tentu kalau PR menang dan menjadi parti yang memerintah, secara tradisinya kita tidak akan dapat menghalang setesen TV3 untuk condong kepada PR sebagai entiti yang berkuasa.

Kalau keadaan ini berlaku, alamatnya BN mungkin terpaksa mengambil masa 50 tahun lagi baru dapat memerintah semula. Kerana semua media perdana termasuk TV3 akan mengambil giliran terus menerus menyokong PR pula, menjadi alat propaganda dan alat kempen PR. Di waktu itu suara BN pula menjadi sangat sukar untuk sampai kepada rakyat jelata.

Oleh itu sampai masanya semua pihak, samada pihak BN mahupun PR perlu mengambil sikap tidak mengongkong atau mengawal semua media perdana yang ada di Negara ini termasuklah TV3 untuk kepentingan parti politik mereka. Berhentilah dari menjadikan media perdana ini sebagai alat propaganda dan alat kempen parti yang memerintah.

Sebagai Negara yang mengamalkan demokrasi, media perdana harus bersikap adil dan professional dalam membuat laporan. Media perdana tidak sepatutnya condong kepada mana-mana entiti politik.

Dengan adanya pengamalan media yang adil, beretika dan profesional, barulah rakyat dapat mendapat maklumat yang tepat dan dapatlah mereka membuat penilaian dengan betul. Hasilnya sistem demokrasi itu dapat berfungsi dengan baik, di mana yang terbaik akan terpilih.

Kita tidak mahu melihat media perdana berperangai seperti kanak-kanak, langsung tidak professional. Melapurkan satu pihak secara negatif dan melapurkan pihak yang lagi satu secara positif. Mana ada kelas gitu.

2 comments:

SSS said...

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Inilah sebenarnya dilemma yang dihadapi oleh mana-mana media terutamanya yang asetnya boleh dipegang oleh orang luar. Antara etika media dan perniagaan/keuntungan, mana satu pilihan mereka? Sudah jelas mereka memilih perniagaan.....Janganlah pihak media sahaja dibebankan dengan isu ini kerana sebenarnya ahli politiklah yang sebenarnya menyogokkan etika yang mencorakkan etika baru pihak-pihak media ini......

Etika? Adakah kita menghormatinya & meletakkannya di tahap yang tinggi? Atau ia boleh kita perkotak-katikkan senada dengan nafsu dan sikap kita?

Wassalam.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com