Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".
Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

Syarikat insuran perlindungan perubatan dan hospital swasta menjadikan kos merawat pesakit bertambah mahal


Harga barang yang dibeli terus dari kilang adalah jauh lebih murah berbanding jika dibeli dari peruncit. Untuk sampai ke kedai runcit, barang-barang ini terlebih dahulu melalui pemborong dan pengedar.  Sudah tentu harga barang akan menjadi lebih mahal setelah pemborong, pengedar dan peruncit mengambil sedikit keuntungan ke atas harga jualan.

Lagi banyak tingkat pemasaran yang dilalui antara kilang dan pengguna, lagi tinggilah harga yang perlu dibayar oleh pengguna. Kerana setiap tingkat pemasaran ini akan mengenakan caj bayaran bagi khidmat jualan mereka.

Perkara yang sama juga berlaku kepada kos merawat pesakit di hospital. Kos rawatan menjadi terlalu mahal apabila ada pihak yang membuat keuntungan dari perkhidmatan perubatan dan rawatan di hospital ini.

Sebelum wujudnya hospital swasta, rakyat yang sakit akan pergi ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Di hospital kerajaan setiap rakyat negara ini mendapat rawatan secara percuma dan kalau pun dikenakan bayaran, bayaran yang dikenakan sangatlah rendah.

Selama ini memberi rawatan kepada rakyat yang sakit dan memberi pelajaran kepada rakyat adalah dianggap menjadi tanggungjawab pihak kerajaan. Pelajaran adalah penting untuk menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan bagi memajukan negara manakala rakyat yang sihat pula penting untuk memastikan produktiviti negara tidak terjejas. Oleh itu tidak hairanlah kalau selama ini kerajaan sanggup menanggung biaya hospital dan sekolah.

Walaupun kerajaan telah menanggung kos rawatan dan ubat dihospital, tetapi sebenarnya sebahagian belanja yang diperolehi untuk mengurus perkhidmatan hospital ini adalah juga datang dari cukai yang dikenakan kepada rakyat.

Kerajaan tidak membuat keuntungan dari perkhidmatan hospital yang disediakannya. Oleh itu semua kos perkhidmatan, ubat dan rawatan dihospital berada pada tahap yang paling rendah sekali. Gaji doktor yang bekerja dihospital kerajaan mempunyai sekim gaji yang sama yang ditetapkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Apabila bilangan rakyat negara kita bertambah ramai, negara pula semakin maju, cara hidup rakyat pun berubah, penyakit mula datang dan menyerang dalam berbagai bentuk; amalan hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, penyediaan makanan yang tercemar oleh bahan kimia dan toksid, menjadikan peratusan bilangan pesakit setiap tahun bertambah.

Kerajaan tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang sangat ramai, kerajaan terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk menanggung kos ubatan dan gaji doktor yang tinggi. Akhirnya banyaklah kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang terdapat pada hospital kerajaan yang sering menjadi rungutan orang ramai. Akhirnya lahirlah hospital swasta untuk mengisi kekurangan ini.

Hospital swasta menjadi tarikan kepada golongan yang berduit, di sana mereka dapat layanan dan rawatan yang terbaik. Bagi golongan kaya, harga tidak menjadi masalah asalkan khidmat yang diberi memuaskan hati mereka.

Kerana permintaan yang menggalakan dari golongan yang berada, perniagaan hospital swasta telah membawa pulangan yang memberangsangkan. Ramailah pelabur melabur dalam perniagaan hospital swasta ini. Hasilnya semakin banyak hospital swasta tumbuh di negara ini. Apabila hospital swasta bertambah banyak, mereka bukan sahaja bersaingan dengan hospital kerajaan tetapi juga bersaing antara hospital swasta itu sendiri.

Semua kos perbelanjaan untuk mengurus dan mengendalikan hospital swasta ini memang sepenuhnya datang dari duit pesakit mereka. Duit itulah juga digunakan untuk membayar gaji pekerja dan gaji doktor-doktor mereka, dan kita juga tahu gaji doktor mereka jauh lebih tinggi dari gaji doktor yang bekerja di hospital kerajaan.

Pengwujudan hospital swasta ini sebenarnya menyebabkan kos perubatan dan rawatan menjadi bertambah mahal kerana perkhidmatan yang mereka berikan adalah berorientasikan keuntungan.

Sebenarnya kos operasi hospital swasta ini tidak bergantung kepada wang pesakit yang membayar terus dengan wang mereka sendiri. Sebaliknya bayaran kepada hospital swasta ini dituntut dari syarikat insuran yang mana pesakit-pesakit ini telah membeli insuran perlindungan perubatan dari syarikat-syarikat insuran tersebut.

Walaupun jumlah bayaran yang dikenakan terlalu mahal dan tidak masuk akal, ini tidak akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan pesakit, kerana apa pun jumlah kosnya akan ditanggung oleh syarikat insuran.

Pesakit tidak perlu risau jumlah kos perubatan yang dia kena bayar, sebaliknya dia hanya perlu memperuntukkan sebahagian kecil dari wang gaji atau pendapatannya setiap bulan untuk membayar sumbangan kepada syarikat insuran.

Begitulah bagusnya sistem pembiayaan perubatan menggunakan insuran ini. Di bawah sistem ini secara teorinya pesakit tidak pening kepala untuk memikirkan perbelanjaan hospital dan perubatan jika tiba-tiba ditimpa sakit.

Mungkin ia bagus untuk orang-orang kaya atau berpendapatan besar, tetapi kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan kecil tentu akan timbul masalah untuk membayar sumbangan atau mencarum setiap bulan kepada syarikat insuran. Mereka akan berfikir banyak kali, antara belanja harian yang lebih diperlukan dengan membeli insuran perlindungan perubatan ini, apatah lagi mereka memikirkan mereka belum tentu akan jatuh sakit di masa depan.

Insuran Islam atau takaful adalah berasaskan konsep bantu membantu antara satu sama lain. Duit dipungut dari setiap orang dan dikumpulkan bagi membantu orang-orang yang ditimpa kesusahan seperti sakit, kemalangan dan kematian.

Islam sangat menggalakkan untuk membantu orang-orang yang ditimpa kesusahan. Bantuan dihulur mengikut kemampuan dan keikhlasan seseorang. Orang yang berada tentulah akan menyumbang lebih banyak dari yang kurang berada.

Tetapi insuran dan takaful yang ada hari ini mengenakan bayaran sumbangan atau caruman yang sama jumlahnya tanpa mengira orang itu kaya atau miskin. Di sinilah kelemahan yang ketara terdapat dalam sistem takaful yang ada sekarang.

Syarikat insuran mengutip dari setiap orang atau ahli dengan jumlah yang sama banyak, tiap-tiap bulan, dan duit yang terkumpul ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan hospital dan perubatan ahli-ahli yang jatuh sakit. Pendek kata, semua operasi hospital dan perubatan swasta adalah datang dari duit yang dikumpul oleh syarikat-syarikat insuran.

Sebaliknya, hospital kerajaan dan operasinya pula dibiayai oleh duit cukai yang dikutip oleh kerajaan. Lagi tinggi pendapatan seseorang, lagi banyaklah mereka kena cukai. Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan miskin, mungkin tidak dicukai langsung.

Cara ini nampak lebih adil, orang kaya menyumbang lebih kepada masyarakat melalui sistem percukaian itu. Duit yang dicukai inilah yang akan digunakan bagi membiayai hospital dan perubatan kerajaan untuk warga yang sakit secara percuma tanpa mengira kaya atau miskin.

Penswastaan hospital hanya memperkayakan segelintir orang, mereka membuat perniagaan dan mengaut keuntungan yang melampau diatas penderitaan orang lain. Sikap ini sangat tidak bermoral.

Sehingga pernah kita dengar cerita-cerita, ada pesakit yang sepatutnya tidak perlu dimasukkan wad tetapi telah dimasukkan wad kerana ingin mendapatkan bayaran yang lebih.

Dan kita tidak hairan kalau ada pesakit diberi ubat dan ‘treatment’ yang tidak perlu bagi meninggikan bil perubatan mereka.

Hospital swasta mengaut keuntungan, syarikat insuran perlindungan perubatan juga mengaut keuntungan. Semua keuntungan yang mereka perolehi itu adalah datang dari duit pesakit dan orang ramai. Bila lebih banyak keuntungan dibuat, ini sebenarnya akan menambah kos perkhidmatan, kos ubat dan kos rawatan di hospital.

Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat insuran perlindungan perubatan dan gaji kakitangan insuran itu juga dibayar dari duit orang ramai yang mereka kutip. Sepatutnya rakyat hanya membayar kos rawatan dan ubat dihospital, tetapi terpaksa juga membayar kos kepada sayarikat insuran, ini membuatkan kos keseluruhan menjadi lebih mahal.

Kalau tidak ada hospital swasta, tidak adalah syarikat insuran perubatan, mungkin kakitangan insuran itu boleh bertukar kerja ke sektor yang lebih produktif. Bukan sekadar kerja makan komisyen saja.
Pada zaman Nabi dulu, baginda pernah dihadiahkan seorang tabib untuk bekerja di Madinah, tetapi setelah lama bekerja, tabib tersebut datang mengadu kepada Nabi, tidak ada penduduk yang datang berjumpa beliau. Maksudnya tidak ada penduduk yang sakit.

Dikatakan antara sebab orang Islam ketika itu tidak ada atau kurang yang sakit adalah kerana mereka menjaga disiplin makan dan makan makanan yang baik-baik lagi halal.

Kalaulah rakyat Malaysia tidak ramai yang sakit kerana tidak memakan makanan yang boleh mendatangkan mudarat, sudah tentu kita tidak perlukan doktor dan kakitangan hospital yang ramai seperti sekarang, kita juga tidak perlu membina hospital dan kemudahannya yang banyak seperti yang ada sekarang.

Bayangkan, berapa banyak perbelanjaan negara dapat dijimatkan jika bilangan doktor dan kemudahan perubatan dapat dikurangkan kepada separuh dari yang ada sekarang.

Sudah tentu, wang yang dapat dijimatkan itu boleh pula disalurkan kepada projek untuk membina lebih banyak kemudahan untuk rakyat. Dan bila kita pergi ke hospital kerajaan untuk mendapat rawatan pasti kita akan dapat layanan yang baik kerana bilangan doktor dan kakitangan hospital ketika itu lebih ramai dari orang yang sakit.

Ini hanya boleh dicapai jika badan penguatkuasa undang-undang, termasuklah kastam, polis, pemeriksa dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dapat menjalankan kerja mereka dengan amanah dan tegas, dan di pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penyediaan bahan makanan pula, seperti petani, penternak, peniaga dan pekilang, sentiasa mengamalkan amalan baik dan tidak mengejar keuntungan jangka pendek untuk diri sendiri sahaja.

Thursday, June 16, 2011

Ceh! Kita yang menanggung makan tidurnya, patutlah harga barang terus naik

Mereka dapat permit impot tetapi orang lain yang buat kerja mengimpot, sebaliknya mereka duduk rumah goyang kaki, bulan-bulan terima duit hasil menyewakan permit impot tersebut kepada orang lain.


Mereka dapat permit lori dan bas kilang tetapi orang lain yang punya lori dan bas kilang, mereka duduk rumah goyang kaki, bulan-bulan duit masuk hasil menyewakan permit tersebut kepada orang lain.

Mereka dapat permit teksi, tetapi mereka tidak pun membawa teksi, sebaliknya disewakan kepada orang lain, tiap-tiap bulan mereka terima duit sewa.

Mereka dapat lesen untuk tapak berniaga, tetapi mereka tidak pun menjalankan perniagaan sebaliknya mereka sewakan tapak perniagaan itu kepada orang lain dengan harga berlipat ganda.

Di atas adalah sebahagian dari contoh dari beribu contoh bagaimana segolongan kelompok manusia yang ada di negara kita yang kerja goyang kaki, hidup hasil dari menyewakan permit-permit dan lesen yang dianugerahkan kepada mereka.

Siapakah mereka itu? Mereka adalah orang-orang yang mempunyai ‘kuasa’ dan termasuk juga di kalangan orang-orang yang rapat dengan mereka.

Sementara itu, orang-orang yang betul-betul membawa teksi, orang yang betul-betul menjalankan perniagaan dan orang yang betul-betul mengusahakan pengangkutan lori dan bas kilang terpaksa membayar sewa kepada pemilik lessen dan permit itu dengan harga yang mahal.

Seorang peniaga makanan mungkin terpaksa membayar lima ribu ringgit sebulan kepada pemunya lesen satu tapak perniagaan di pusat bandaraya. Kalau peniaga itu sendiri yang punya lesen, sudah tentu wang lima ribu ringgit itu juga akan menjadi miliknya. Tetapi apa yang berlaku, sudahlah dia penat bekerja dari pagi hingga ke malam, kemudian kena beri pula lima ringgit kepada pemilik lesen yang tidak menyumbang apa-apa kerja itu.

Untuk menanggung bayaran sewa permit dan sewa lesen perniagaan yang besar ini, pengusaha dan peniaga terpaksalah mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Akhirnya semua harga barang dan perkhidmatan yang diberikan akan menjadi lebih mahal dari yang sepatutnya, semata-mata untuk menanggung makan tidur biawak hidup ini.

Mereka itu sebenarnya lebih hina lagi dari peminta-peminta sedekah dan penganggur yang belum mendapat pekerjaan. Kita menanggung makan minum peminta sedekah dan pengganggur sekadar cukup untuk mereka hidup saja, sebaliknya kita menanggung penyewa permit dan lesen itu untuk mebolehkan mereka hidup mewah.

Mereka rasa bangga kerana dapat duit tanpa mengeluarkan peluh atau tanpa bekerja. Mereka langsung tidak berasa malu dengan orang-orang yang bekerja, kerana orang-orang yang bekerja itulah yang sebenarnya yang telah ‘menanggung’ makan tidur mereka itu.

Itulah masalahnya dengan sikap orang-orang di negara kita ini, gaji nak banyak tetapi kerja nak kurang. Kalau boleh, tak payah bekerja tapi gaji masuk bulan-bulan.

Ramai di kalangan rakyat negara ini yang kerjanya hanya tolak habuk, nampak macam sibuk bekerja tetapi hanya tolak habuk ke hulu dan kehilir.

Malah dikatakan ada agensi-agensi kerajaan yang sengaja diwujudkan bagi tujuan memberi pekerjaan kepada mereka yang tidak ada kerja, akhirnya pekerjanya jadi penjaga bangunan dan peralatan dalam bangunan tanpa ada produktiviti. Langsung tidak berdaya saing dan tidak produktif, ibarat hidup segan mati tak mahu.

Mereka seperti telah menjadi pesara sebelum sampai umur untuk bersara.

Inilah antara factor yang membuatkan harga barang-barang jadi makin mahal dan nilai duit makin tidak berharga. Sikap kebanyakan orang kita, mereka suka kalau boleh, tidak melakukan apa-apa kerja tetapi duit masuk tiap-tiap bulan. Inilah yang dinamakan makan gaji buta.

Kalau tidak ada orang bekerja di kebun-kebun sayur, tentulah sayur akan berkurang di pasar, dan harga sayur akan melambung tinggi.

Jika tidak ada orang bekerja di ladang ternak ayam dan lembu, harga ayam dan daging akan menjadi mahal.

Jika tidak ada nelayan yang pergi ke laut atau tidak ada orang yang mahu bekerja menternak ikan, harga ikan akan menjadi mahal.

Jika tidak ada orang yang mahu bekerja di sawah untuk menanam padi, harga beras akan menjadi mahal.

Tanggungan kita menjadi lebih berat kerana kita bekerja bukan sahaja untuk menanggung diri kita sendiri, tetapi juga terpaksa menanggung orang-orang yang makan gaji buta ini.

Friday, May 27, 2011

Gaji naik, harga barang naik; harga barang naik, gaji naik

Bila harga barang-barang naik, orang ramai akan mendesak majikan mereka untuk menaikkan gaji bagi mengatasi kenaikan harga barang-barang keperluan. Dan apabila gaji naik, peniaga-peniaga pula akan menaikkan harga barang jualan mereka bagi mendapatkan untung yang lebih.


Kitaran harga barang naik dan tuntutan gaji naik ini akan berterusan tanpa ada henti dan penyelesaian yang muktamad. Sebab itulah hingga hari ini harga barang-barang tidak turun dan bayaran gaji pun tidak pernah turun.

Pada tahun 1970-an dulu harga sepotong kuih hanya 10 sen tetapi sekarang (2011) sudah mencecah 40 sen. Gaji pekerja kilang pada tahun 1970-an dulu sekitar RM350 sebulan tetapi sekarang sekitar RM1000 sebulan.

Tujuan kita bekerja dan mendapat gaji adalah bagi membeli barang-barang keperluan kita. Oleh itu gaji dan harga barang keperluan sangat berkait rapat. Tidak pernah berlaku bila harga barang naik, gaji turun atau pun sebaliknya.

Orang-orang ekonomi suka menggunakan dan bermain dengan angka. Saya suka menggelarkan ekonomi yang bermain dengan angka-angka ini sebagai ‘ekonomi gila’.

Apalah maknanya kepada pakcik dan makcik di felda sana dengan pertumbuhan ekonomi negara berjaya mencapai enam peratus setahun, sedangkan harga ikan kembung sekarang RM12 sekilo, padahal pada tahun 1960-an harganya tidak sampai 50 sen sekilo. Ini betul-betul ekonomi gila.

Sikap membazir adalah punca utama kenapa harga barang semakin meningkat dan seterusnya menuntut kenaikan gaji untuk mengatasi masalah tersebut.

Tidak hairanlah kalau Nabi Muhammad menyelar orang-orang yang suka membazir ini sebagai sahabat syaitan.

Bila kita suka membazir, perbuatan kita itu akan hanya menambah kepada permintaan barang-barang keperluan. Bila permintaan bertambah, harga akan naik.

Itu adalah hukum harga, bila penawaran lebih, harga barang akan turun, bila permintaan lebih , harga barang naik. Formulanya begitu mudah, jika kita membazir, permintaan jadi bertambah dari yang sepatutnya, dan harga akan meningkat.

Biasa kita dengar gandum yang berlebihan di Amerika dibakar, dan di negara kita pula biasa terjadi, anak-anak ayam yang berlebihan di musnahkan dan sayur-sayur yang berlebihan dibiarkan musnah diladang. Tujuannya tidak lain, iaitu bagi mengawal harga barang-barang tersebut supaya tidak jatuh dan tidak memberi keuntungan kepada pengusaha. Inilah pemikiran ekonomi gila.

Pernah seorang pengusaha durian di Perak telah ditemuramah dalam TV di waktu musim buah durian yang terlalu banyak ketika itu. Dalam temuramah itu beliau berkata, tidak ada rezeki bagi beliau untuk musim kali ini, kerana harga durian terlalu rendah sangat, tak boleh nak jual dengan harga tinggi.

Ini betul-betul sudah gila, buah-buah durian yang dianugerah oleh Tuhan dengan banyaknya itu sudah dianggap bukan rezeki.

Manusia sudah lupa apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan rezeki, mereka hanya nampak dollar dan sen sahaja. Tidak hairanlah pada masa akan datang, harga barang akan terus naik dan gaji juga akan terpaksa dinaikkan.

Monday, January 03, 2011

Diharap Pakatan Rakyat dapat memulihkan ketidakadilan sosio ekonomi Sarawak


Artikel ini dipetik dari sumber ini. Sebahagian terjemahannya ada disediakan dibawah


Logging industry


The involvement of Taib and his family in logging industry is specifically mentioned in a report published by Forests Monitor. According to the report, the chief minister reserves his right to revoke timber licenses while no legal challenge is possible against the chief minister. This is to ensure that the anyone with logging interest is loyal to the chief minister. The report also notes that in general, mutually beneficial relationship between political elites and logging companies often results in corruption, bribery, and transfer pricing, where the financial details of transnational logging companies, including Malaysian ones, are difficult to track. Based on a book written by Michael Lewin Ross, the political insecurity of Taib Mahmud from 1986 to 1991 has enabled him to accelerate the pace of logging in Sarawak. Taib is reported to have used timber concessions for personal and family enrichment.


In 2007, The Japan Times reported that nine Japanese shipping companies, which transported timber from Sarawak, had allegedly failed to report some 1.1 billion yen in income over a period of up to seven years. The report claimed the money was paid as kickbacks to Sarawak officials via a Hong Kong agent linked to Taib's family. Taib, however, denied totally the Japan Times allegations by presenting a 10-page clarification in the state assembly. He said that he had no knowledge about the bribes given to Sarawak officials and the evading of the income from timber production.


In 2008, Indonesian newspaper Tribun Pontianak revealed that around 30 shipments of illegal Indonesian logs was imported into Sarawak and re-exported to other countries every month. Chief minister Taib Mahmud and the company Hardwood Sdn Bhd, a wholly-owned unit of state agency Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), was implicated in this timber scam.


In 2009, the Malaysian 2008 annual auditor-general's report labelled the forest management in Sarawak by state government as unsatisfactory. However, Sarawak's Second Minister of Planning and Resource Management, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan questioned the validity of the report as he claimed that the auditor-general's department did not have the expertise in forest management.


The results of the logging industry under Taib is that less than 10% of Sarawak's primary forests remain, logging many of the ancestral lands of many of Sarawak's indigenous communities, despite their continued petitions and road blockades, where forceful dismantling has led to several deaths and regular violent coercion by the Malaysian army, police and logging industry enforcers.


Nepotism


Taib's son, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib, was appointed as Group Executive Director of Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) on 23 January 1995. He is currently the Deputy Group Chairman of CMSB. Abu Bekir Taib's siblings, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Jamilah Hamidah Taib, Hanifah Hajar Taib and his late mother Laila Taib are substantial shareholders in the company. Sulaiman Abdul Rahman Taib joined the board of CMSB when his brother Abu Bekir Taib, first became the Group Executive Director of CMSB. Sulaiman Abdul Rahman Taib was the Group Chairman of CMSB from May 2002 until June 2006, the former Non-Executive Director of CMSB, and the former RHB Bank chairman.


In the 2008 general election, Taib's son Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib won the Kota Samarahan seat in the Malaysian parliament previously held by his father and became Deputy Tourism Minister in the new cabinet. Prior to this, he did not have any political experience. On 14 December 2009, he resigned his deputy minister post due to personal reasons.


Taib's sister Roziah Mahmud is one of the most powerful businesswomen in Sarawak with extensive holdings in property and timber business. Besides that, she was also appointed as the Hononary Consul of the Republic of Poland to Sarawak (as Taib's late wife Laila Taib was a Polish descendant).


Taib's brother, Mohd Tufail bin Mahmud is the co-owner of Sanyan Group, one of the Sarawak's biggest timber companies. In 2001, the Sanyan Group completed its construction of the 28-storey Wisma Sanyan in Sibu where the state government took up 8 office floors.


Achi Jaya Shipping is owned by Onn Mahmud and his immediate family. Onn Mahmud is Taib Mahmud's brother. Achi Jaya Shipping is alleged to continue demand payment from Japanese log carriers for transporting wood from Sarawak although the payments are actually kickbacks as stated in 2007 timber kickback scandal.


Taib's brother, Mohamad Arip bin Mahmud was appointed as a director of Jaya Tiasa Holdings Berhad (controlled by Rimbunan Hijau Group) on 13 April 1995. Taib's sister is also one of the Tiong's business partners.


Taib's cousin, Abdul Hamed Sepawi is the chairman of Naim Holdings Berhad, Sarawak Energy Berhad, and Ta Ann Holdings Berhad. He was also on the board of Sarawak Timber Industry Development Corp and Sarawak Plantation Berhad.


Taib's brother-in-law, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain, was appointed state secretary by Mahmud in 2000 and when he retired in 2006, he was appointed as the group managing director of Sarawak Energy Berhad since 2007.[58] He also holds directorships for Eksons Corporation Berhad, Mlabs Systems Berhad, Syarikat SESCO Berhad and other companies.


Taib Mahmud, denying any wrongdoings, told Malaysian National News Agency (Bernama) that he did not ask anybody to do his sons a favour for the positions in CMSB and other companies. He also insisted that his family made money through their own hard work.


Economic domination


Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), the company controlled by Taib's family, was awarded various government contracts including the maintenance of Sarawak's roads over 15 years, constructions of roads, supplying roofing materials for low-cost housing units, building hospitals, and upgrading airports. It also has a near monopoly of the supplies of concrete in Sarawak. In 2001, the Malaysian federal government allowed the CMS Group's banking unit Bank Utama to acquire RHB Bank to become one of Malaysia's 10 core banks. The company, PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, which is 51% owned by CMSB, recently completed the construction of the New Sarawak State Legislative Assembly Building in 2009. CMSB is currently under the joint venture with leading aluminium producer, Rio Tinto Alcan (RTA) to develop aluminium smelter in Similajau as part of the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).


A doctoral thesis written by Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) lecturer, Dr Neilson Mersat, alleged that Taib's family wealth comes mostly from Sarawak state government contracts without tender, and profits were sent overseas to hide them. Another lecturer in the faculty of Social Sciences at UNIMAS, Andrew Aeria, wrote a thesis which claimed that CMSB takeover of Bank Utama and other companies is an example where highly-profitable business are only favoured between well-connected individuals. The privatisation of state-owned companies deprived the state government of sources of income, thus raising the burden of taxpayers.


In 2000, the Sarawak cabinet had approved RM 551.02 million state contract to be awarded directly to Titanium Management Sdn. Bhd. Taib's son, Mahmud Abu Bekir Taib is a major shareholder in the company. This contract allowed Titanium to repair or replace 384 old bridges in the state in 7 years. The Malaysian 2006 auditor general report stated that agreement in the contract was favouring the contractor. There was a cost overrun of 72% from the original cost. A survey conducted by auditor-general department on 12 sites of the bridges discovered that the design of bridges over narrow rivers do not meet actual needs and were not built economically.


In 2008, the Sarawak government planned to build 12 dams in Sarawak in order to meet the future energy demand of industrialisation. These dams are scheduled to be completed in 2020 although they need to be approved by environmental impact assessment. A memorandum of understanding was already signed between the Sarawak Energy Berhad and China Three Gorges Project Corporation on Murum Dam project.


A total of 51 dams may be constructed by the year 2037. This controversial hydroelectric project is receiving fierce criticism because of catastrophic disasters that they may cause and the possible displacements of native communities. The opponents of the plans cited this project as corruption and capital cronyism because CMSB is expected to be benefited indirectly by supplying concrete material for the construction of dams and building of aluminium smelter that consume much of the generated electricity. In March 2009, Al Jazeera's '101 East' English programme was aired where the Sarawak's 12 dams issue and economic domination by Taib's family was discussed in great detail. Minister of Land Development, Dato Sri Dr. James Masing accepted the interview on this issue but the Chief Minister Pehin Sri Taib Mahmud declined the interview invitation.


James Masing, in an interview with Al Jazeera English, maintained that the contracts were awarded in a transparent manner either in open or closed tenders. He said that the state government give the contracts based on the previous good track record of the companies, not because of the alleged political connections.


Wealth


Taib owns a mansion in Demak Jaya which overlooks the Sarawak River. According to photos in the July to December 2006 newsletter of Naim Cendera Holdings Bhd, Taib's living room is decorated with gilt-edged European-style sofa sets. Taib Mahmud is said to wear double-breasted suits, driving around in Kuching in his cream-coloured Rolls-Royce car.[68] Laila Taib and her children are the majority shareholders of Sitehost Pty. Ltd., Australia, which owns Adelaide Hilton Hotel, according to Aliran Monthly, the reformist Malaysian magazine. Taib was described as "flamboyant with expensive tastes" and had reportedly purchased a piano once belonged to late American showman Liberace for US$2 million. He also wears a ring with a walnut-sized red gem surrounded by small diamonds.


Allegations by Sarawak Report


In the latest expose, Taib is alleged to have established a real estate empire, Sakto Corporation in Canada worth a few hundred million dollars, under the name of his son-in-law, Sean Murray. This company was founded by Taib's brother Onn Mahmud, Taib's daughter Jamilah, and Sean Murray. Sean Murray and Taib's daughter has successfully won the trust of Canadian government departments to move into the their office spaces after an open and competitive lease search. The ORC briefings stated that the facilities owned by Sakto Corporation was "built to high energy and environmental specifications" and "building is green in a number of ways".


Sarawak Report also alleged that Sakti International Corporation in United States which is also managed by the same couple, owns Abraham Lincoln building which houses the Federal Bureau of Investigation (FBI) facility. Taib family is also alleged to own property portfolio in London. Taib Mahmud and his family have not shown any reactions to such allegations made by Sarawak Report.



Industri pembalakan


Penglibatan Taib dan keluarganya dalam industri pembalakan secara khusus telah disebut dalam laporan oleh Forests Monitor. Menurut laporan tersebut, ketua menteri memperuntukan dirinya sebagai pihak yang berhak untuk mengeluarkan lesen balak dan tidak membolehkan undang-undang mencabar ketua menteri dalam hal ini. Ini bertujuan untuk memastikan sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam pembalakan akan sentiasa taat kepada ketua menteri.


Laporan tersebut juga menyebut, secara umumnya, hubungan saling bantu membantu antara golongan elit politik dan syarikat-syarikat balak telah berkesudahan dengan amalan pecah amanah, rasuah dan keuntungan atas angin. Di mana rekod kewangan syarikat-syarikat pembalakan antarabangsa termasuk Malaysia sukar untuk dikesan. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Michael Lewin Ross, penguasaan politik Taib Mahmud dari 1986 hingga 1991 telah membolehkan beliau melipatgandakan kegiatan pembalakan di Sarawak. Taib dikatakan menggunakan konsesi balak untuk memperkaya diri dan kelurganya.


Dalam tahun 2007, Japan Times melapurkan, sembilan buah syarikat perkapalan Jepun yang membawa balak dari Sarawak telah didakwa gagal untuk melapurkan pendapatan yang sebanyak 1.1 billion yen sepanjang tempoh masa tujuh tahun. Laporan itu mendakwa, wang tersebut telah dibayar sebagai imbuhan kepada pegawai-pegawai Sarawak melalui sebuah agen di Hong Kong yang ada hubungan dengan keluarga Taib. Bagaimana pun Taib telah menafikan tuduhan tersebut dengan membentangkan 10 muka surat penjelasan dalam dewan negeri. Dia mengatakan tidak tahu menahu dengan rasuah yang diberi kepada pegawai-pegawai Sarawak dan penyelewengan pendapatan dari pengeluaran balak.

Dalam tahun 2008, Surat khabar Indonesia, Tribun Pontianak mendedahkan lebih kurang 30 kapal membawa masuk balak haram dari Indonesia ke Sarawak dan kemudian diekspot ke negara-negara lain setiap bulan. Ketua Menteri Taib Mahmud dan syarikat Hardwood Sdn Bhd, milik penuh unit agensi negeri Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), telah terlibat dengan kerja penipuan balak ini.


Dalam tahun 2009, laporan tahunan Ketua Audit Negara Malaysia untuk 2008 melapurkan tahap pengurusan hutan Sarawak oleh kerajaan negeri sebagai tidak memuaskan. Bagaimana pun Menteri Kedua Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan telah mempersoalkan kesahihan laporan itu dan mendakwa jabatan Ketua Audit Negara tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hutan.


Nepotisma


Anak lelaki Taib, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB) pada 23 Januari 1995. Sekarang dia memegang jawatan Timbalan Pengerusi Kumpulan CMSB. Adik beradik kepada Abu Bekir Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Jamilah Hamidah Taib, Hanifah Hajar Taib dan aruah ibu beliau, Laila Taib adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut.


Penguasaan ekonomi


Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, telah dianugerahkan berbagai-bagai kontrak kerajaan, termasuklah penyelengaraan jalanraya Sarawak selama 15 tahun, pembinaan jalanraya, membekal bahan atap untuk unit rumah kos rendah, membina hospital, dan menaik taraf lapangan terbang. Syarikat ini juga hamper memonopoli pembekalan simen dalam negeri Sarawak. Dalam tahun 2001, kerajaan Persekutuan Malaysia membenarkan unit pebankan kumpulan CMS, Bank Utama untuk menguasai bank RHB untuk menjadi salah satu dari 10 bank induk Malaysia. Dalam tahun 2009, syarikat PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, yang 51% dimiliki oleh CMSB telah menyiapkan pembinaan Bangunan Baru Dewan Perundangan Negeri Sarawak. CMSB juga semasa ini bekerjasama dengan pengeluar utama aluminium, Rio Tinto Alcan (RTA) untuk membangunkan kilang aluminium di Similajau sebagai sebahagian dari pembangunan wilayah SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy).


Sebuah tesis doctor falsafah yang ditulis oleh pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Mersat, mendakwa harta kekayaan keluraga Taib kebanyakannya hasil dari kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender, dan keuntungannya telah dihantar dan disorok ke luar negara. Seorang lagi pensyarah dari university yang sama menulis dalam tesisnya mendakwa, pengambil alihan Bank Utama oleh CMSB dan syarikat-syarikat lain, adalah satu contoh di mana perniagaan yang menghasilkan untung besar hanya dikuasai antara individu-individu yang yang mempunyai hubungan rapat. Penswastaan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri telah mengurangkan punca pendapatan kerajaan negeri, kesannya telah menambah beban yang ditanggung oleh pembayar cukai.


Dalam tahun 2000, cabinet Sarawak telah meluluskan kontrak bernilai RM 551.02 juta untuk dianugerahkan terus kepada Titanium Management Sdn. Bhd. Anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut. Kontrak tersebut membolehkan Titanium membaiki dan menggantikan 384 buah jambatan lama dalam negeri Sarawak selama 7 tahun. Laporan Ketua Audit Negara Malaysia tahun 2006 menyatakan, perjanjian dalam kontrak tersebut memberi kelebihan atau menyebelahi kepada pihak kontrakor. Kos kontrak tersebut telah bertambah 72% dari kos asal. Kajian yang dibuat terhadap 12 jambatan telah didapati rekabentuk jambatan tidak mengikut keperluan sebenar dan dibina secara tidak ekonomik.


Tuduhan oleh Laporan Sarawak


Dalam pendedahan yang terkini, Taib dituduh mempunyai empayar hartanah, Sakto Corporation di Kanada yang bernilai beberapa ratus juta ringgit atas nama menantunya, Sean Murray. Syarikat ini diasaskan oleh abangnya Onn Mahmud, anak perempuannya Jamilah, dan Sean Murray. Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya mendapat kepercayaan dari jabatan-jabatan kerajaan Kanada untuk berpindah ke ruang pejabat mereka selepas melalui proses persaingan terbuka. Taklimat ORC menyatakan, kemudahan yang dimiliki oleh Sakto Corporation adalah “dibina mengikut piawaian tenaga dan alam sekitar yang tinggi” dan “bangunan dalam beberapa segi adalah hijau”. Laporan Sarawak juga menuduh Sakti International Corporation di United States adalah juga diurus oleh pasangan yang sama, memiliki bangunan Abraham Lincoln yang menempatkan kemudahan Federal Bureau of InvestigationFBI Keluarga Taib juga didakwa memiliki beberapa harta di London. Taib Mahmud dan keluarganya tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Laporan Sarawak itu.

Monday, July 19, 2010

Sukan untuk kesihatan atau sukan untuk wang?


Tujuan kita bersukan adalah untuk menyihatkan badan sambil berhibur. Pada zaman yang lampau sukan dianggap benda sampingan yang tidak pernah dianggap penting dalam kehidupan manusia.

Malah kita tidak pernah bertemu rekod-rekod kejayaan yang pernah dicapai dalam sukan semasa zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Malah tidak pernah adanya tercatat nama-nama pemegang juara sukan dalam buku-buku sejarah lama.

Ini menunjukkan tidak pentingnya sukan dalam kehidupan manusia di waktu itu. Sukan hanya nampak menonjol dan seperti menjadi begitu penting kepada kegiatan hidup manusia hanyalah dalam masa 100 tahun ini sahaja.

Tentu ada agenda tertentu oleh pihak tertentu untuk menggalakkan kegiatan sukan dalam kehidupan manusia. Hanya pihak tersebut sahaja yang tahu apa agenda sebenar mereka yang tersembunyi di sebalik sukan itu.

Kalau kita lihat hari ini, mereka amat berjaya sekali dalam menanamkan sukan dalam pemikiran orang ramai sebagai satu benda yang sangat penting. Sehingga tidak lengkap sebuah media itu kalau tidak menyediakan ruang berita berkaitan sukan.

Memang tidak dinafikan sukan mempunyai banyak kebaikan tetapi sukan juga telah banyak disalah gunakan dan menyimpang dari tujuan asal.

Dalam dunia pekerjaan yang banyak berorientasikan kerja-kerja pejabat, kita kurang berpeluh dan bergerak. Oleh itu untuk memenuhi fitrah tubuh badan yang perlu bergerak dan berpeluh untuk ia sentiasa sihat, maka kita perlu bersukan.

Sama ada benar atau tidak, pertandingan dan perlawanan dalam sukan, dikatakan dapat menyalurkan naluri manusia yang suka berperang.

Sukan juga dapat menjalin dan merapatkan hubungan sosial antara manusia, atas sebab itulah juga banyak organisasi menggalakkan pertandingan sukan diadakan dalam organisasi mereka.

Tetapi di zaman moden ini sukan telah bertukar menjadi industri hiburan yang boleh menjana kekayaan. Berbagai cara digunakan untuk menarik orang ramai menonton acara sukan. Sukan yang asalnya bertujuan untuk kesihatan telah bertukar haluan kepada untuk wang.

Banyak masa dan tenaga dihabiskan begitu saja untuk sukan. Kita terpaksa membayar untuk mendapatkan hiburan. Semua orang sukakan hiburan. Secara semulajadinya manusia suka dan terhibur bila mendengar nyanyian, melihat tarian, mendengar dan menonton cerita, dan menonton acara sukan.

Apakah keseluruhan kehidupan kita mesti dipenuhi dengan hiburan? Masa banyak dihabiskan bila asyik dengan bersukan tanpa ada produktiviti. Tidak seperti kita melakukan kerja bertani dan berternak, yang tentunya akan mendatangkan manafaat dan hasil yang boleh kita nikmati.

Sukan juga banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif seperti penggunaan dadah dalam mengejar kemenangan, dan pertandingan dalam sukan selalu digunakan oleh kaki-kaki judi untuk pertaruhan. Orang ramai dilalaikan dari melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah dengan berjam-jam masa dihabiskan menonton sukan di TV dan di gelanggang sukan.

Mungkin sukan yang ada hari ini lebih baik sedikit dari judi, tetapi kesannya dari kedua-duanya hampir sama sahaja, banyak masa dan duit terbuang begitu saja, tanpa ada hasil.

Kelab-kelab bola sepak di Eropah sanggup berbelanja beratus juta dollar untuk membeli pemain terbaik dari serata dunia. Sudah tentu kelab-kelab ini mendapat pulangan atau keuntungan lumayan dari pelaburan mereka itu. Dan sudah tentu keuntungan itu datang dari duit penonton yang ‘menggilai’ sukan bola sepak, iklan dan juga dari media penyiaran.

Itulah sifat ekonomi kapitalis, mereka hanya memikirkan membuat keuntungan semaksimum mungkin tanpa memikirkan caranya halal atau pun tidak.

Mereka tidak pernah pun mengambil kira pandangan umat Islam dalam menghasilkan suatu acara sukan, malah seperti dengan sengaja dibuat bertentangan dengan nilai Islam itu sendiri. Lihat sahajalah kepada pakaian sukan, kebanyakkannya menggunakan pakaian yang tidak sopan.

Membazirkan duit kerana untuk berhibur dan berseronok sangatlah dicela oleh agama kita. Padahal dalam masa yang sama masih ramai manusia didunia ini menghadapi kebuluran akibat tidak ada makanan dan perang.

Demi untuk menjaga harga gandum tidak jatuh, pengeluar gandum di Amerika sanggup membakar gandum yang berlebihan. Pernah juga kita dengar pengeluar ayam dinegara kita memusnahkan anak-anak ayam yang berlebihan bagi menjaga harga ayam berada pada paras tinggi di pasaran.

Mereka tidak menganggap perbuatan itu sebagai pembaziran tetapi ia adalah sebagai strategi perniagaan. Itulah jadinya kalau perniagaan hanya dilihat untuk mencari keuntungan semata, bukan sebagai memberi khidmat dan berbakti kepada manusia.

Inilah akibatnya kalau ekonomi tidak berpandu dan diasaskan kepada nilai agama. Ringgit dan sen menjadi ukuran kejayaan ekonomi tanpa melihat kepada aspek-aspek lain.

Tidakkah kita sedar harga RM10 pada tahun 1960an boleh mebiayai kehidupan satu keluarga untuk seminggu, tetapi apakah barang yang kita dapat kita beli dengan wang RM10 hari ini?

Kadang-kadang seperti tidak berfaedah kita menyimpan duit dalam bank, kerana nilainya jatuh bila kita hendak menggunakannya di masa depan. Cara yang terbaik ialah menyimpan emas, kerana nilai emas tidak akan jatuh pada bila-bila masa pun. Tetapi risikonya terlalu tinggi kalau kita menyimpan emas di rumah.

Oleh itu pihak bank harus memikirkan bagaimana pelanggan mereka boleh menyimpan wang dalam bentuk nilai emas dalam bank mereka.

Oleh itu pelanggan patut diberi pilihan boleh menyimpan wang mereka di dalam bank menggunakan nilai emas seperti 800 gram emas atau 1.3 Kg emas. Dan apabila pelanggan tersebut hendak mengeluarkan simpanan emas mereka dari bank, mereka akan dibayar mengikut harga emas semasa di waktu itu.

Dengan adanya mekanisma sistem kewangan seperti itu, orang ramai tidak bimbang wang mereka yang disimpan dalam bank akan jatuh nilainya.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com