Kalau kita meneliti kepada kandungan Al Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang Padang Masyar.
Secara terperincinya kefahaman kita tentang Padang Masyar ini adalah berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Apa pun pandangan kita terhadap Padang Masyar, ia adalah sesuatu yang harus diimani oleh setiap orang Islam. Kesahihan tentang wujudnya Padang Masyar ini memang tidak boleh dipertikaikan kerana ia disebut banyak kali di dalam Quran.
Menurut Quran, apabila sangkakala ditiup untuk kali kedua, ruh akan dikembalikan kepada jasad manusia. Manusia akan hidup semula dan akan keluar dari kubur masing-masing menuju ke permukaan ‘bumi’. Di waktu itu permukaan ‘bumi’ tidak lagi seperti yang kita lihat hari ini tetapi merupakan padang pasir yang bewarna putih yang teramat luas sayup mata memandang.
Kenapa permukaan bumi bertukar wajah?
Sebelum itu alam ini telah berlaku kiamat. Semasa terjadinya kiamat, semua gunung-gunung yang ada di bumi akan bergerak dan berterbangan seperti kapas. Semua bintang-bintang di langit berguguguran menuju ke bumi. Bintang-bintang yang besar ini akan berpadu dengan bumi lalu membentuk glob bumi yang sangat besar.
Saiz bumi yang bertambah berlipat ganda besarnya itu akan menghasilkan luas permukaan yang sangat besar juga yang akan dikenali sebagai Padang Masyar. Dengan keluasan permukaan yang berlipat ganda dari keluasan asal bumi maka dapatlah Padang Masyar ini menjadi tempat untuk menghimpunkan kesemua manusia yang bermula dari Nabi Adam hingga hari kiamat. Yang mungkin mencecah ratusan billion manusia.
Wallahualam.
1 comment:
Salamualaikum,
Sy setuju dgn paragraph ke2 yg sebut bila ditiup kali ke-2 roh akan dikembalikan kpd jasad. Jadi, ini bermakna tiada alam kubur kerana tanpa roh, jasad tidak bermakna.
Didlm al-quran di nyatakan bhw matahari dan bulan disatukan, dan matahari itu padam, bintang2 berguguran dan lenyap. Laut dipanaskan hingga terpelowap, maka keringlah bumi, gunung2 dihancurkan hingga jadi debu. Bumi akan menjadi seperti planet yg kering dan bumi memuntahkan isinya iaitu lava2 yg panas dan menutupi permukaan bumi menjadikan permukaan bumi itu rata seperti padang dan bumi itu menjadi kosong. Kemudian barulah di tiup kali ke-2 maka manusia di bangkitkann untuk menghadapi pengadilan. Sumber Al-Quran yg mulia. Lawati http://alya-diyanah.blogspot.com untuk citer ttg langit dan bumi.
Post a Comment