Perkara yang paling kita bimbang untuk pergi ke suatu tempat
yang kita tidak pernah sampai ialah tentang faktor keselamatan. Perth adalah
bandaraya dalam sebuah Negara maju, mempunyai warga yang berakhlak baik. Anda
tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan semasa berada di sana, tidak
bimbang tentang ragut, rompak, curi dan lain-lain ancaman jenayah. Tidak ada
rasa bimbang dan takut seperti kita melawat Thailand, Filipina, Indonesia malah
Kuala Lumpur sendiri. Oleh itu tidak perlu menggunakan perkhidmatan agensi
pelancungan untuk melawat Perth, anda hanya perlu melakukan proses yang amat
mudah seperti dicatatkan di bawah untuk melancung ke Perth.
1. Tempah tiket kapal terbang melalui laman web Airasia, tempah
awal untuk dapat tambang murah, bayar pakai kredit card. Link Airasia:
Kalau nasib kita baik boleh dapat harga promo serendah
RM800.00 untuk tiket pergi-balik seorang.
2. Dapatkan visa ke Australia, boleh dapatkan khidmat
dapatkan visa ini dari Syarikat Agen Pelancungan yang berhampiran, harga
sekitar RM30 setiap visa untuk seorang. Rajawali Bintang Travel Sdn. Bhd, web: www.rajawalibintangtravel.com, tel: 07-2235989.
3. Buat booking hotel di Perth melalui online, harga sekitar
AUD175 pernight bagi apartment type. Tempah awal untuk dapat harga yang lebih
murah dan ada kekosongan.
City Stay Apartment Hotel, located at Wellington Street,
opposite to Harbour Town..shopping centre.
|
|
Address
|
875 Wellington Street
Perth, 6005
Australia
|
Phone
|
+61892151515
|
Email
|
res@citystay.com.au
|
Travel info:
|
Latitude -31.94746, Longitude 115.84650
(S 031° 56.848, E 115° 50.790)
|
4. Kalau pergi pada bulan June dan July kena beli baju tebal
kerana cuaca di sana agak sejuk. Tidak ada salji di Perth. Tukar RM ke AUD di
money changer di Malaysia untuk kegunaan di sana. Wang tunai yang setara RM1000.00
bagi seorang sudah memadai untuk belanja makan dan perjalanan di sana untuk
tempoh lima hari.
5. Pergi airport (departure), mesti check-in flight dua jam
sebelum berlepas, beg hand luggage (beg yang dipegang penumpang) adalah percuma
dan berat mesti kurang dari 7 Kg di samping itu dibenarkan juga membawa beg
computer/kamera dan beg tangan wanita. Saiz beg yang dibenarkan ialah 56 cm x
36 cm x 23 cm, kalau bawa checked luggage (beg yang di tempat simpan barang)
akan dikenakan bayaran yang tertentu mengikut berat. Kereta tolak bayi tidak
dikenakan apa-apa bayaran tetapi hendaklah didaftarkan semasa check-in.
6. Pastikan tidak ada barang-barang yang tidak dibenarkan
oleh kerajaan Australia dibawa masuk ke Negara itu seperti daging yang dimasak,
tetapi makanan daging yang dalam tin atau dalam paket adalah dibenarkan.
7. Bila sampai Perth international airport, pergi dapatkan
taxi, di situ ada juga sediakan telefon khas untuk memanggil teksi. Bayaran
ikut meter, dari airport ke hotel sekitar AUD40.00. Kalau keluarga ramai, boleh
dapatkan khidmat maxi-taxi, lebih ekonomik. Maxi taxi yang saya naiki dari
airport ke hotel semasa di sana dulu ialah Roberts Maxi Taxi Service, phone: 04
1796 1792. Semasa balik dari hotel ke airport pun saya menggunakan khidmat maxi
taxi yang sama, hanya maklumkan kepadanya sehari sebelum kita berangkat pulang.
Robert, pemandunya sudah lanjut usia, mungkin sudah hampir hendak bersara.
8. Perkhidmat bas dalam kawasan pusat Bandar Perth adalah
percuma dan sangat convenient. Dapatkan peta perjalanan bas di counter hotel.
9. Untuk makan, terdapat restoran Insans café
dekat no 113 Murray Street yang dikendalikan oleh orang Malaysia dan restoran
Indah dekat Barrack Street yang dikendalikan oleh orang Indonesia yang juga
tidak jauh dari restoran Insans Café. Selain itu terdapat banyak juga kedai
kebab yang dikendalikan oleh orang Turkey.
9. Harga makanan sangat mahal di Perth dan Australia
umumnya, harga satu jenis makanan cukup untuk seorang tidak termasuk air
sekitar RM27.00 atau AUD9.00.
10. Pin power socket (plug) di Australia tidak sama dengan negara kita. Oleh itu kena beli adapter untuk membolehkan kita mengecas laptop, handphone dan camera yang kita bawa. Adapter ada juga dijual di sana. Lihat gambar power socket di Australia.
11. Tempat menarik yang dicadangkan untuk dikunjungi
di Perth:
Fremantle Tour
Catch the ferry cruise to Fremantle.
Fremantle E-Shed Market (tourists shop for souvenirs)- Saturdays
and Sundays only.
Lunch at Kailis Restaurant Fremantle Waterfront (Fish &
Chips)- Own expenses.
Fremantle City Tour (Fremantle Market, Boat Harbor, Cappuccino
st)
Cottesloe Beach.
Lake Monger.
Free & easy
shop at the Murray and Hay Street Pedestrian Malls,
take a free bus ride around the city on Yellow, Red or Blue CATS
(Central
Area Transport Service), or take a ferry ride ($2.50 return
ticket) at Barrack Street Jetty crossing Swan River to South
Perth to enjoy the view of Perth City skyline.
Swan Valley Tour
Caversham Wildlife Park-Tumbulgum Farm Show-Chocolate
Factory-Honey Farm. Nougat factory
Pray at Mohamaden Mosque (105 years old) on William Street.
Perth Tour
Visit Kings Park to enjoy the view of Perth City from on top of
a hill through the treetop
Tree top walk at glass bridge-Botanic garden
Walkway and multiple lookout points
At night enjoy late night shopping at Perth Mall City.
Mandurah Tour
Macadamia nut farm & factory.
Mandurah canal cruise
Orchard fruit farm at Rolleystone.
shopping at Carousel Westfield.
Stop at Turkish Mosque
Peringatan: Semua maklumat ini adalah tepat dan sah pada masa saya
melancung ke Perth pada 10 Jun 2012 hingga 14 Jun 2012.
Selamat mencuba.