KERANA keinginan untuk mendapatkan keuntungan dan pendapatan yang lebih, masih ramai pemandu teksi yang masih berdegil tidak mahu menggunakan meter.
Walaupun baru-baru ini kadar tambang teksi telah dinaikkan dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pemandu teksi yang tidak menggunakan meter namun langkah ini tidak juga dapat membenteras pemandu teksi dari terus melakukan kesalahan.
Kenapa ini harus berlaku? Adakah kerana pemandu teksi tidak dapat pendapatan yang cukup kalau menggunakan meter? Atau adakah kerana sikap buruk, sikap tamak dan sikap mereka yang tidak beretika?
Pada 10 Oktober 2009 yang lalu saya telah menaiki teksi dari Setesen Bas Pekeliling ke Jalan Semarak. Pemandu teksi tersebut tidak menggunakan meter dan saya tidak ada pilihan lain ketika itu. Dalam perbualan antara saya dengan pemandu teksi semasa dalam perjalanan itu, saya dapat tahu dia adalah seorang bekas tentera.
Sudah tentu dia seorang yang berdisiplin kerana pernah menjadi tentera, tetapi nampaknya beliau tidak dapat mengikut undang-undang seperti yang telah ditetapkan. Kalau pemandu teksi dari bekas tentera pun tidak mahu menggunakan meter, bagaimanalah pula dengan pemandu-pemandu teksi yang lain.
Teksi dan pemandunya adalah antara barisan depan Negara yang mula-mula dilihat oleh orang luar bila datang ke Negara kita. Mereka boleh menilai sikap rakyat Malaysia keseluruhannya dengan hanya melihat kepada sikap yang ditunjukkan oleh pemandu teksi kita.
Saya percaya sikap yang terdapat pada pemandu-pemandu teksi Negara kita itu sebenarnya adalah mencerminkan sikap masyarakat kita keseluruhannya. Sebagai mana pernah dinyatakan oleh Ketua Polis Musa Hassan, kalau masyarakat berperangai buruk maka polis pun berperangai buruk juga kerana polis juga datang dari masyarakat yang sama.
Oleh itu sampai bila pun kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah kedegilan pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter ini, selagi sikap masyarakat kita tidak berubah.
Bagi masyarakat umum, teksi merupakan pengangkutan awam yang mewah. Orang awam selalunya akan memilih pengangkutan awam yang lebih murah seperti bas dan keretapi, mereka hanya menggunakan teksi jika terdesak atau tidak ada pilihan lain. Hanya pelancung, orang yang kaya dan berada saja yang selalu menggunakan khidmat teksi.
Bagi saya tidak ada masalah kalau kadar tambang teksi dinaikkan mengikut kehendak pemandu dan syarikat teksi tanpa ada sekatan dari kerajaan. Saya tidak fikir tambang teksi yang tinggi akan membebankan rakyat kerana kebanyakan rakyat awam lebih suka menggunakan pengangkutan awam yang lain yang lebih murah.
Dengan cara ini kita juga dapat menggalakkan orang ramai menggunakan bas dan keretapi. Dalam masa yang sama juga dapat mengurangkan kesesakan jalanraya dengan teksi.
Biarkanlah teksi menjadi pengangkutan kepada pelancung dan segelintir orang yang mempunyai duit lebih atau kaya, dan tentunya mereka tidak akan merungut dengan tambang teksi yang mahal.
1 comment:
Lim KIt Siang Menolak Negera Islam....Apakata Pas?
When he was being asked about the Islamic Country issue, which neither DAP nor PAS is willing to compromise, Lim stressed that if Pakatan gains the central regime, Malaysia will not become an Islamic Country as long as DAP is still a Pakatan's member party. Demikianlah intipati rencana mengenai LKS yang dibuat oleh suratkhabar berbahasa cina...lebih kurang bunyinya dalam bahasa melayu "bila ditanya berkenaan isu negara Islam,adalah DAP atau PAS sedia untuk bertolak ansur, Encik Lim menegaskan sekiranya Pakatan memperolehi mandat untuk menjadi Kerajaan Persekutuan,Malaysia tidak akan mungkin menjadi Negara Islam selagi DAP menjadi Rakan dalan Pakatan Rakyat."
Mungkin Hussam musa dan nik aziz patut menilai kembali kenyataan mereka mengenai perjuangan Pas untuk menegakkan Negara Islam bersama-sama Pakatan Rakyat dan mentarbiah DAP untuk menerima konsep Negara Islam idaman Pas. Pas hanya boleh bercerita mengenainya ketika dalam ceramah sahaja, tetapi untuk merealisasikannya adalah mustahil selagi DAP menjadi penaraju utama dalam PR.
Post a Comment