Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, October 06, 2015

Facebook 5

Antara posting saya ke Facebook:

Apa teruk sangat perangai JKKK macai ni, ini bukan majlis penyerahan wang BR1M hingga kena tunggu wakil rakyat untuk menyerahkannya, ini bantuan untuk mangsa banjir, mereka ini dalam kesusahan, jangan kau pergi tambah lagi kesusahan mereka. Tak ada otak ka?
**************************************
 
Hari ini seluruh dunia bersedih dengan kehilangan seorang hero yang telah meruntuhkan tembok diskriminasi kaum, Nelson Mandela (RIP). Dalam waktu yang sama perwakilan UMNO dalam perhimpunan partinya di PWTC terus dengan angkuh menjeritkan kepada dunia agar kaum Melayu dikekalkan istimewa dari warga lain yang bukan Melayu. Bila agaknya nak berubah? Sudah-sudah la tu.
**************************************
 
Sebelum Negara kita merdeka dulu, kita memang bergantung kepada pemimpin adat, hinggalah kepada Yam Tuan sebagai pemimpin yang dimuliakan dan dihormati. Segala urusan hidup tertakluk kepada system adat. Dari nikah kawin hinggalah dalam perkara menyelesaikan pertelingkahan antara anak buah dan pembahagian tanah adat.
Tetapi lepas merdeka, system politik demokrasi dan raja berpelembagaan telah mendominasi urusan kita. Wakil rakyat dan Menteri Besar sangat berpengaruh untuk mentadbir kerajaan dan semua peraturan dan undang-undang digubal oleh mereka. Kita sudah ada makamah civil dan syariah, kita ada DUN dan Parlimen. Orang dah tak ambil pusing lagi dengan Dato’-dato’ adat kecuali dalam hal-hal yang terpencil.
***************************************
Jangan salah faham, mendedahkan keburukan urus tadbir pemimpin bukan bermakna mahu memburuk-burukkan pemimpin. Ini adalah proses check and balance yang diperlukan dalam sebuah Negara demokrasi untuk memastikan urus tadbir sentiasa berjalan dengan baik.
**************************************
 
Secara semulajadinya harga yang ditawarkan oleh peniaga dan pengusaha bergantung kepada persaingan. Kalau ada sebuah kedai menjual harga yang terlalu tinggi, pelanggan akan beralih ke kedai lain yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.
Dalam kes seperti TNB, kalau dia jual elektrik terlalu mahal, kita nak beralih beli elektrik kat syarikat mana pula?
Ironinya TNB mencatat keuntungan lebih 4 billion ringgit tahun ini dan beri bonus lima bulan kepada pekerjanya.
**************************************
 
Setiap kerja dan ibadat didahului dengan niat, tetapi yang terbaik ialah melakukannya dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
**************************************
 
Bukan sahaja asam dan garam, tetapi sekali sekala rasa pedas juga diperlukan untuk menambah rasa sedap dalam masakan.
Dari masa ke semasa, kritikan yang pedas juga diperlukan untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik.
**************************************
 
P. Ramlee seperti sudah tahu pemimpin Negara kita macam ‘penyamun’ Ali Baba Bujang lapok.
**************************************


Sambut hari merdeka mengingatkan kita pernah dijajah, tapi kita juga perlu mengambil pelajaran dan mengekalkan semangatnya, terus berjuang membebaskan rakyat dari dijajah oleh kumpulan tertentu.
**************************************
 
Biasanya orang yang naik dengan cara membodek, bila dah dapat naik, dia akan macaikan orang bawah.

**************************************

Sengaja mengintip rumah orang itu memang salah, tetapi tanggung jawab kita juga untuk memasang langsir dan menutup segala lubang di dinding rumah kita hehe.
**************************************

Ada company yang hendak mengambil calun pekerja, bukan sahaja melihat kepada kelulusan ijazah mereka tetapi juga mengambil kira keputusan peperiksaan SPM mereka. Saya setuju dengan langkah itu kerana peperiksaan di universiti tidak seragam antara satu universiti dengan universiti yang lain..
**************************************
 
Kita banyak disurahkan dengan kebimbangan pengaruh Syiah di Negara kita. Apakah tidak ada langsung orang Syiah terpengaruh dengan ajaran Sunnah?
**************************************
 
Minta maaf ye, tak usahlah invite saya main, pergilah ajak orang lain. Saya dah tak ada banyak masa lagi nak main.
**************************************

Nabi Muhammad tidak pernah meletakkan makan dan sex sebagai perkara yang diberi keutamaan dan dilayan secara berlebih-lebihan. Baginda mengajarkan hubungan sex adalah perkara yang menjadi rahsia pasangan suami isteri. Kalau makan dan sex diberi keutamaan dan menjadi topic bualan harian, maka dibimbangkan kita akan menjadi setaraf haiwan saja.
**************************************
 
Ada undang-undang dan peraturan yang menyusahkan sengaja dibuat untuk menghalang orang dari menipu. Sebenarnya yang menipu itu tidak ramai, dan yang menipu ini akan tetap juga akan menipu walau bagaimana ketat pun peraturan dibuat. Yang jadi masalahnya, orang yang tidak menipu (jumlahnya jauh lebih ramai) terpaksa juga melalui peraturan yang menyusahkan ini.
-- Sebagai ingatan kepada Pejabat Agama Kulaijaya.
**************************************
 
Menteri kita juga yang selalu cakap, IC kita mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, berteknologi tinggi dan sukar dipalsukan.

Buang masa aku dan penat menunggu saja menukar IC baru. Bersepah pemegang IC palsu.
**************************************

Guru hanya boleh mengajarkan ilmu kepada murid tetapi tidak boleh mengajarkan kebijaksanaan kepada mereka.
Ilmu boleh dipelajari tetapi kebijaksanaan tidak boleh dipelajari.
**************************************
 
Ingatlah, setiap sampah yang kita buang merata-rata akan menjauhkan pelancung untuk datang ke Negara kita. Apabila kurang pelancung datang, kuranglah peluang pintu rezeki kita.
**************************************
 
Apakah kewajarannya membina sebuah masjid yang berharga mencecah dua ratus juta ringgit sedangkan masih ramai lagi orang Islam yang tinggal di rumah yang cantik sedikit dari reban ayam.
**************************************
 
Kalau bodoh kita boleh belajar. Ibubapa selalu pesan kepada anak-anak, belajar pandai-pandai.  Nak jadi pandai boleh belajar. Nak jadi bijak saja yang tak boleh belajar, bijak itu anugerah Tuhan kepada siapa yang dikehendakinya seperti Dia menganugerahkan kecantikan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Ilmu boleh dipelajari tetapi bijaksana itu anugerah dari Tuhan untuk orang-orang yang dikehendakiNya sahaja.
**************************************
 
Mustahil kita boleh balik ke alam dunia selepas berhijrah ke alam barzakh, sama mustahilnya seperti kalau kita sekarang ini  nak balik semula ke alam rahim ibu kita.
**************************************
 
Selalu kita nampak tanda nama yang terpapar di depan pintu doktor di klinik, Dr. Abu bin Zainal MBBS (UM) dan Dr. Ali bin Kamal MBBS (UKM). Tuan-tuan lebih yakin dirawat oleh doktor yang mana?
**************************************
 
Bapa cari kekayaan untuk anak-anak mereka dapat hidup lebih selesa, si bapa tidak mahu anak-anak mereka hidup susah seperti yang beliau lalui masa kecil dulu.
Tapi tidak seperti yang diharapkan, anak-anak pula lupa diri, terjebak dengan dadah dan gejala sosial, hidup berfoya-foya, akhirnya kekayaan yang ditinggalkan bapa habis begitu saja.
Oleh itu jangan ingat masalah dadah dan masalah sosial yang melanda masyarakat kita sekarang ini bukannya masalah kita, dan kita buat tak peduli saja.

**************************************
Panduan untuk merangka markah soalan peperiksaan:
Soalan senang mesti menyumbang 40 markah.
Soalan sederhana susah menyumbang 40 markah.
Yang selebihnya 20 markah disumbangkan oleh soalan yang sangat susah.
Bahagian soalan yang sangat susah inilah yang dapat membezakan pelajar gred A dengan pelajar yang lain.
Ramai yang tidak sedar, menjawab soalan peperiksaan tidaklah sesusah membuat soalan.
**************************************
 
Sekarang ini memang sukar pihak majikan hendak memilih calun pekerja, kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai ijazah. Sedangkan di masa dulu sangat sukar mencari calun yang ada ijazah.
Mungkin sekarang ini, dapat ijazah bukanlah suatu perkara yang penting, tetapi yang lebih penting ialah dari universiti mana ijazah itu diperolehi.
**************************************
 
Seperti biasa tentunya dalam berita TV hari ini akan menyiarkan berita DS Najib Razak dan Datuk Chua Soi Lek mengunjungi rakan mereka Datuk Seri G.Palanivel di rumah terbuka perayaan Depavali. Itulah gambaran untuk menunjukkan kepada dunia wujudnya perpaduan di Malaysia.
Di masa saya sekolah rendah dulu, perpaduan ditunjukkan dalam buku teks sekolah di mana Ali, Tong Seng dan Ramasami pergi main bola dan memancing di sungai bersama-sama. Takat dalam buku teks sekolah sajalah.
**************************************
 
Jangan kita ingat kita tidak dapat apa-apa faedah dari kedatangan pelancung disebabkan kita bukan pengusaha hotel, bukan tokey restoran, bukan penjual barang-barang cenderahati. Sebenarnya semua kita akan dapat faedah darinya, sekurang-kurangnya hasil cukai dari industri pelancungan ini dapat membina kemudahan awam dan berbagai infrastruktur yang kita sendiri gunakan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan Negara kita ini menarik kepada pelancung. Termasuklah menjaga kebersihan sekitar, bersikap mesra dan senyum kepada pelancung. Elakkan melakukan perkara yang boleh menjauhkan kedatangan pelancung seperti menipu, cekik darah dan mengambil kesempatan ke atas mereka.
**************************************
 
Dalam biji mata kita sudah dilengkapkan dengan kanta (lens) sehingga dapat kita melihat dengan jelas dan fokus. Kanta dalam biji mata itu berfungsi dengan sempurna sehingga kita tidak perlu memasang cermin mata kepada bayi yang baru lahir untuk membetulkan penglihatannya.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
**************************************
 
Satu masa dulu pesta konvo di universiti-universiti awam sangat meriah. Itulah hari orang awam diberi peluang untuk memasuki pusat pengajian menara gading itu secara bebas.
Tapi sekarang pesta konvo begitu lesu, sudah jadi tempat jual kain baju saja. Inilah akibatnya kalau semua benda nak dijadikan menjana duit.
**************************************
 
Subsidi itu seperti menambah air ke dalam tangki air yang isinya telah berkurang, manakala rasuah itu seperti kebocoran yang terdapat pada tangki. Mana satu yang patut dihapuskan terlebih dahulu?
**************************************
 
Zaman sekarang ini, bila masuk saja umur 40 tahun, badan mula didatangi berbagai penyakit. Itulah tubuh badan kita, umur 40 puluh sudah dikira expired. Ketahanan badan kita boleh jamin sampai 40 tahun saja. Lepas 40 tahun dah macam kereta lama, rosak sana, rosak sini, boleh hidup, boleh jalan tapi tak selesa.  Tidak bolehkah tempoh expired ini dipanjangkan? Orang tua-tua dulu boleh hidup sihat hingga umur 70, kenapa orang sekarang tak boleh?
**************************************
 
Tuhan tarik kemenangan ‘Islam’ di Mesir buat seketika untuk mengurniakan kemenangan Islam yang lebih besar di rantau itu, perancangan Allah tidak terduga oleh akal kita.
**************************************
 
Kalau peratus bilangan pengundi semasa PRU13 diterjemahkan kepada bilangan pembayar cukai, ini bermakna 51% dari duit pembayar cukai yang terdiri dari penyokong PR telah digunakan untuk membiayai liputan perhimpunan UMNO di TV kepunyaan rakyat, sedangkan perhimpunan parti PR tidak mendapat sebarang liputan dari TV yang sama.
**************************************
 
Nilai ijazah pertama (first degree) yang dipegang oleh orang dulu dengan yang dipegang oleh orang sekarang sangat berbeza. Dulu kalau orang tu ada degree memang hebat. Sama seperti dengan nilai duit juga, dulu dengan satu ringgit macam-macam barang boleh kita beli.
Semacam ada hubungkait antara nilai ijazah akademik dan nilai duit RM kita.
**************************************
 
Kita sudah merdeka, kita semua adalah warganegara Negara ini. Berhentilah meletakkan kesalahan yang menyebabkan kemunduran kaum kita ke atas kaum lain. Sebaliknya marilah kita sama-sama bantu membantu untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk masa depan anak bangsa kita.
Kalau kamu nak tunjuk hero membela nasib kaum kamu lantak kamulah tapi jangan letakkan punca masalah kaum kamu disebabkan kaum lain.
**************************************

Masa kempen mereka kata, ada baiknya kalian fokus kepada memenangi kerusi lawan daripada sibuk untuk merampas kerusi rakan-rakan sepakatan. Tapi bila dah menang mereka jadi terlebih perasan pulak, mereka kata parti mereka yang menang, padahal yang mengundi semua penyokong PR.
**************************************
 
Apalah nak dibanggakan sangat dengan keturunan nabi, semua orang adalah dari keturunan nabi, tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam, kalau tidak dari keturunan Nabi Nuh, setidak-tidaknya dari keturunan Nabi Adam.
**************************************
 
Tidak dinafikan, sudah jadi macam budaya, Kelantan taksub dengan pasukan bolanya, Johor pula taksub dengan UMNO.
**************************************
 
Politik zaman sekarang seperti orang main chess, kena mengatur strategi untuk kalahkan lawan, bukan mengatur strategi untuk memaju dan membela nasib rakyat.
**************************************
 

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikan tujuh jet untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri adalah untuk kepentingan negara dan ia tidak perlu dipersoalkan. –Sinar Harian.
Kita pun tak nak persoalkan, tetapi pemimpin yang baik hati tentu tak tergamak nak naik jet peribadi sedangkan ramai lagi rakyatnya yang naik sampan.
**************************************

Capitalist system,
Lower class: bekerja untuk menyara hidup.
Middle class: mengupah pekerja untuk bekerja untuk mereka.
Upper class: duit mereka yang bekerja untuk mereka.
**************************************
 
Pemimpin UMNO dengan kontraktor kroni macam hantu raya dengan tuannya, saling tolong menolong, hantu raya akan memabantu tuannya dan tuannya pula kena bagi makan hantu raya.
**************************************
 
Ibadah solat itu adalah salah satu dari rukun Islam yang lima. Solat adalah tiang agama. Ibadah solat membezakan kita orang Islam dengan bukan Islam.
Dalam ibadah solat itu secara simboliknya terkandung ke semua rukun Islam itu sendiri:
1. Mengucap dua kalimah syahadah, semasa bacaaan tahiyat.
2. Solat.
3. Puasa, tidak boleh makan dan minum semasa solat.
4. Zakat, zakat masa: 2.5 % (36 minit) digunakan untuk menunaikan 5 solat fardhu dari masa 24 jam yang kita ada.
5. Haji, semasa solat kita mesti mengadap kiblat atau Mekah di mana terletaknya Kaabah, tempat kita menunaikan ibadah Haji.
**************************************
 
Kubur masih merah, sudah bincang pasal calun, ………. bukan calun isteri ye. Calun pilihanraya.
**************************************
 
Wanita itu ibarat bunga. Tuhan jadikan mereka itu bukan saja cantik yang membuatkan lelaki tertarik, tetapi juga mempunyai bau wangi yang semulajadi. Sebaliknya bunga plastik kelihatan cantik tetapi tidak wangi.
Dan ingatlah, bunga hanya kembang sekali.
**************************************
 
Sey peratikan bilangan kereto ateh jalanrayo kek tompek sey ni (Skudai) samo yo banyak eh macam hari siang. Kalau hari siang tu memang patut la banyak, macam-macam urusan nak buek termasuk nak poie tompek kojo. Malam hari apo nak dighodah gak eh?
Mungkin harga minyak kito masih murah bona agak eh, air mineral pun laie maha pado minyak.
**************************************
 
Apabila dah ada duit banyak, duit boleh digunakan untuk membuat lebih banyak duit.
Di samping itu ada juga yang menggunakan kuasa politik untuk menimbunkan kekayaan.
**************************************
 
Mungkin tokey catering dah ambik kiro subsidi yang dihulur oleh tetamu, tu yang dio mark up hargo lobih sikit gak eh.
selalunya untung menjual makanan adalah 100%, kalau modal RM300 maka untung dapek RM300. Patut eh catering boleh jual lobih mughah sobab oghang makan habih ko tak habih ko, duit totap dapek.
Kalau makan kat restoran, nasi beriayani dan sirap bandung, paling mahal pun baru RM9.00. Kenapa masa kenduri kawin, taukey catering ambil RM11 satu kepala?
**************************************
 
Pemimpin yang berjiwa besar akan menyatu padukan semula rakyat sejurus selepas pilihanraya, walaupun beliau menang besar. Manakala pemimpin yang berjiwa kecil, masih terus berdendam kepada rakyat yang tidak mengundinya, walaupun beliau hanya menang kecil dalam pilihanraya.
**************************************
 
Pada dasarnya saya setuju kalau semua subsidi ke atas barang keperluan ditarik semula, kecuali perkhidmatan hospital dan pendidikan (sekolah/universiti awam) yang mesti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dan rakyat berhak mendapatkannya secara percuma. Dan kita tidak berasa bimbang akan berlaku ketirisan subsidi dalam dua sektor ini kerana mudah kita dapat menyekat dan mengawal warga asing dari mendapat perkhidmatan untuk sektor tersebut.
**************************************
 
Syukurlah kerana subsidi gula turun.
UMNO tidak menaikkan harga barang,  mereka hanya menurunkan subsidi saja. 
**************************************
 
Keadilan dan Islam tidak boleh dipisahkan?
Ada bermacam takrifan dan persepsi tentang keadilan. Ada kata adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Kalau seseorang itu dalam bidang yang mereka pakar.
Ada yang kata keadilan itu ikut keperluan, contohnya, keperluan untuk anak-anak kita adalah berbeza. kalau isteri kurus kainnya sikit, tak sama dengan isteri yang gemuk.
**************************************
 
Kekayaan tidak harus berlegar dalam sekumpulan manusia saja. Usaha mengubah, bukan hanya menyerah kepada ketetapan Allah.
**************************************
 
Bolehkah dikatakan curang kalau si suami bercinta dan berkahwin dengan wanita lain? Sedangkan seorang lelaki dibenarkan berkahwin empat. Mungkin pengertian curang itu boleh dibahagi kepada dua, curang mengikut adat masyarakat dan curang mengikut syariat. Curang syariat hanya terpakai kepada isteri sahaja bukan kepada suami. Apa pandangan Datuk-datuk Nikah Kahwin sekelian?
**************************************
 
Sebagai badan kerajaan, matlamatnya adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira keuntungan.
Sebagai syarikat swasta pula, matlamatnya adalah untuk mendapat keuntungan hasil dari memberi perkhidmatan kepada rakyat.
**************************************

Mereka ni paham ke erti perpaduan? Mereka boleh cakap, kerajaan kena fahamkan perpaduan kepada generasi muda, mereka anggap perpaduan ini sama macam perjanjian persefahaman dalam bines, perlu ada MOU.
Perpaduan tidak semudah itu, perpaduan adalah menyentuh soal perasaan, emosi dan jiwa, perpaduan perlu disemai dan dipupuk dari kecil secara semulajadi.
**************************************
 
Jangan kita terlalu khayal dengan kegemilangan zaman silam hingga lupa untuk mencipta kegemilangan di masa depan.
**************************************
 
Bagaimana harga insuran kereta boleh meningkat?
Apabila lebih ramai pengguna membuat tuntutan kepada syarikat insuran, keuntungan yang diperolehi oleh syarikat insuran akan menyusut dan mungkin mengalami kerugian. Oleh itu tidak cara lain untuk menambah keuntungan syarikat mereka melainkan dengan menaikkan kadar insuran yang dikenakan kepada pengguna.
Tambah teruk lagi kenderaan yang hilang tidak dapat ditemui semula. Polis tidak dapat menyelesaikan . 
**************************************
 
Sekarang ini saiz kerang yang dijual di pasar sangat kecil, kalau dulu hanya saiz kerang yang sudah matang saja yang mereka jual. Kalau terus dibiarkan menjual kerang bersaiz kecil, kerang akan semakin pupus dan harga akan menjadi semakin mahal.
Sebagai tanda protes saya jarang beli kerang kecuali kalau betul-betul perlu. Harap tuan-tuan juga mengambil tindakan yang sama.
**************************************
 
Kanak-kanak memang suka bermain, walaupun kita suruh mereka makan dan baca buku kerana itu penting untuk kesihatan dan masa depan mereka, tetapi mereka tetap juga menganggap bermain itu lebih penting.

Walaupun Tuhan mengingatkan kita dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan belaka, tetapi kita masih juga menganggap kehidupan dunia ini sangat penting untuk kita.

Facebook 4

Lagi posting saya ke social media Facebook:



Walaupun Tuhan mengingatkan kita dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan belaka, tetapi kita masih juga menganggap kehidupan dunia ini sangat penting untuk kita.

***************************************************************

Apabila Tun Razak ditanya kenapa masih menyalurkan peruntukan kepada kerajaan Negeri Kelantan walaupun negeri itu di bawah pimpinan PAS. Tun jawab, adalah baik memberi peruntukan kepada kerajaan Kelantan kerana sudah pasti semua faedahnya akan dinikmati oleh orang Melayu, kerana hampir semua penduduk Kelantan adalah orang Melayu.
Tidak hairanlah kalau beliau akan terus diingati oleh orang Melayu, bukan sebab beliau UMNO.

***************************************************************

Munasabah juga kalau kita membeli kapalterbang dan mesin-mesin yang canggih dari luar Negara kerana kita masih belum ada kemampuan untuk membuatnya.
Tetapi agak keterlaluan kalau kita menggunakan syarikat luar Negara hanya untuk menggorengkan ayam dan menyediakan minuman untuk orang kita, dan mereka membuat keuntungan berjuta-juta dolar dari perkhidmatan itu.

***************************************************************

Semasa DS Najib menjadi Menteri Pertahanan, beliau naikkan gaji tentera. Semasa beliau jadi Menteri Pelajaran beliau naikkan gaji guru. DS Najib suka jadi popular cara dengan menaikkan gaji, siapa yang tidak suka kalau gaji naik. Menaikkan gaji untuk kelompok yang kecil dari anggota masyarakat tidaklah memberi kesan yang ketara kepada kenaikan harga barang atau inflasi.
Peniaga-peniaga mungkin rasa keberatan untuk menaikkan harga barang jualan mereka kalau hanya kelompok tentera sahaja yang naik gaji. Manakala pihak tentera yang menerima kenaikan gaji itu pula berasa gembira kerana mereka mempunyai kuasa beli yang lebih, sedangkan harga barang tidak meningkat.
Tetapi apabila DS Najib memberi wang tunai kepada rakyat di bawah sekim BR1M, lebih 60% dari isi rumah di Negara ini layak menerima bantuan tersebut. Apabila rakyat mendapat wang tunai, mereka akan lebih banyak membeli menyebabkan harga barang meningkat.

***************************************************************


Surah Thoha (20) Ayat 55
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.
Quran: Surah Thoha (20) Ayat 55. Apakah ada kemungkinan bumi ini akan berakhir pada tahun 2055? Wallahualam.

***************************************************************

Tengok tanda harga ikan kat pasar, penjual ikan ni naikkan harga ikan bukan dari RM16.00 sekilo kepada RM16.20 sekilo atau RM16.50 sekilo atau RM16.70 sekilo, tetapi dari RM16.00 sekilo kepada RM17.00 sekilo atau RM18.00 sekilo atau RM19.00 sekilo. Langsung tak nampak harga sekilo dalam unit sen.
Saya peratikan budak-budak sekarang kalau ternampak duit 5 sen atas jalan, mereka tak minat nak ambil. Teringat masa saya kecik-kecik dulu, kalau jumpa duit satu sen atas jalan, memang tak minat nak pungut.

***************************************************************

Tanda Putra, saya belum tengok lagi filem ini. Soalan yang perlu difikirkan oleh producer nya, Kalau orang Melayu dengan kawannya berbangsa Cina pergi sama menonton filem ini, Apakah perasaan mereka bila keluar dari panggung, adakah hubungan mereka bertambah erat atau menambah prasangka buruk terhadap kaum kawannya?
Selepas 56 tahun kita merdeka, memang patut kita berasa bangga kerana di Malaysia lah satu-satunya Negara dalam dunia yang mempunyai tiga Negara dalam satu kawasan, iaitu Negara Melayu, Negara Cina dan Negara India. Mereka sekolah berasingan, kerja berasingan dan melakukan aktiviti social berasingan. Unik sungguh Negara kita ini.

***************************************************************

“Buat jarum pun tak tahu, macamana nak merdeka”, itulah antara kata orang-orang yang berasa selesa dengan pentadbiran British yang telah menjajah Tanah Melayu ratusan tahun lamanya. Bukan semua orang mahu menuntut kemerdekaan ketika itu. Sikap mereka yang berpuas hati dan selesa dengan keadaan aman ketika itu menyebabkan mereka tidak mahu menuntut kemerdekaan, kerana bimbang kekacauan akan berlaku seperti di Indonesia dan India.
Agaknya setiap kali Negara menyambut  hari kemerdekaan adakah orang-orang ini rasa bersalah dengan sikap yang telah mereka ambil atau tidak pernah rasa kesal dengan pendirian mereka itu?
Ramai dari mereka telahpun lama meninggalkan kita. Yang penting ia boleh menjadi pelajaran kepada kita semua.

***************************************************************

Dalam situasi Presiden Basyar Asad yang bertindak kejam kepada rakyatnya semata-mata untuk mengekalkan kuasanya, apakah bermakna lagi kepada rakyat Syria untuk menyambut hari kemerdekaan Negara mereka?

***************************************************************

nak kata LGE tidak menghormati hak kebebasan demokrasi kerana menyekat tayangan filem Tanda Putera tak boleh juga kerana kerajaan UMNO sendiri terlebih dahulu tak bagi hak kebebasan untuk mengeluarkan filem.
Menayangkan filem, Tahu pulak hak demokrasi, tapi kebebasan mengeluarkan filem bukan hak demokrasi juga ke?

***************************************************************

Selepas MCA dan GERAKAN, kini SUPP bungkus, apa masalahnya dengan orang Cina?
Setelah menyedari orang Cina menolak parti kerajaan dengan tidak mengundi parti yang mewakili masyarakat mereka iaitu MCA dan GERAKAN pada tahun pilihanraya 2008, PM Najib telah bertindak mengambil beberapa langkah untuk mengambil hati kaum itu semula.

Tetapi dari keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini, masih juga menunjukkan aliran pengundian orang Cina yang masih tidak menyokong BN. Prestasi SUPP yang dianggap wakil parti orang Cina Sarawak dilihat tidak memberansangkan. Oleh itu BN dan khususnya PM Najib perlu melihat lebih serius apa sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum Cina ini.

Apakah perkara dan tuntutan mereka yang masih tidak dipenuhi oleh parti BN yang memerintah, dan apa pula janji parti Pakatan Rakyat (PR) sehingga mereka lebih cenderung memberikan undi kepada parti tersebut.

Sukar untuk memenuhi permintaan dan memuaskan semua kaum. PM Najib adalah datang dari kaum Melayu, sudah tentu beliau dilihat lebih mengutamakan kaum Melayu, walaupun beliau mungkin tidak pernah bermaksud begitu. Ibarat suami yang kawin dua, biasanya kedua-dua isteri akan mengadu suami mereka tidak berlaku adil terhadap diri mereka.

Itulah masalah yang besar dihadapi oleh pemimpin politik yang berasaskan kaum, sudah terbiasa untuk memperjuangkan kaum sendiri, apabila jadi pemimpin negara, mereka akan terus dilihat masih sebagai mengutamakan kaumnya.


*************************************************************** Aktiviti masyarakat Malaysia masih lagi dibahagi-bahagi mengikut kaum. Sebagai contoh golongan peniaga didominasi orang Cina, jabatan kerajaan dipenuhi oleh orang Melayu, pemandu lori dan buruh membina jalanraya pula ramai orang India.

Apabila kerajaan tidak dapat memberi bonus menjelang tahun pilihanraya, orang Melayu akan marah, mereka tak akan undi UMNO pada pilihanraya tahun tersebut.

Apabila polisi kerajaan yang tidak begitu membantu perniagaan berkembang, orang Cina pula akan menolak dan tidak mengundi MCA.

Penolakan mereka ini akan dilihat seperti penolakan oleh suatu kaum, walhal hakikatnya ia hanyalah secara kebetulan sahaja, bukan bersangkut dengan masalah kaum.

Selain dari itu ada juga isu-isu yang khusus menyentuh keperluan agama dan budaya kaum itu sendiri. Contohnya seperti isu sekolah aliran Cina yang dianggap selalu dianaktirikan oleh kerajaaan. Dasar keistimewaan kaum bumiputra juga banyak menyebabkan tidak puas hati di kalangan orang Cina. Kaum bumiputra ada keistimewaan dalam mendapatkan biasiswa pelajaran, tender projek kerajaan dan pemilikan hartanah.

Yang lebih menyebabkan orang Cina tidak puas hati, anak orang Indonesia yang bermastautin di Malaysia secara automatik mendapat taraf bumiputra, sedangkan orang Cina yang sudah tiga generasi lahir di Malaysia tidak pun mendapat taraf bumiputera.

Tidak kenal maka tak cinta. Anak-anak Malaysia menerima pendidikan tadika dan sekolah rendah di sekolah yang berasingan mengikut kaum. Akibatnya mereka tidak dapat berkawan rapat dan sukar untuk memahami antara satu sama lain.

Dapat saya perhatikan, dalam kelas saya mengajar di pusat pengajian tinggi awam, pelajar Cina duduk dalam kelompok yang berasingan dengan pelajar Melayu, mereka seperti minyak dan air yang tidak boleh bercampur. Sampai bila keadaan ini harus berterusan, ini menggambarkan hubungan antara kaum di Malaysia amat longgar.

Saya tidak dapat menerima kalau dikatakan satu kebanggaan kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sekolah mengikut kaum. Kita tidak seharusnya berbangga dengan perkara-perkara yang boleh melebarkan jurang perkauman.

Memang wajar kita memulihara harimau, spesis binatang yang hampir pupus itu, tetapi tidak harus sampai merbahayakan kita atau memusnahkan binatang ternakan kita. Dalam konteks ini, makanan kita adalah lebih penting untuk kesinambungan hidup kita berbanding harimau. Begitulah juga dengan perpaduan, perpaduan yang erat itu lebih penting untuk keutuhan dan kekuatan bangsa dan negara Malaysia.

Oleh itu berpada-padalah dalam hal hendak mengekalkan adat budaya kaum kita. Janganlah sampai kita mengasingkan anak-anak kita bersekolah mengikut kaum kerana hendak belajar bahasa dan budaya kita. Apa masalahnya untuk belajar bahasa dan budaya kita di satu sekolah yang sama?

Pujian harus saya berikan kepada bekas Perdana Menteri Singapore kerana telah mengambil langkah yang berani dengan mengumpulkan anak-anak warga Singapore di satu sekolah. Beliau pemimpin yang berpandangan jauh untuk kebaikan masa depan Singapore. Bilakah agaknya akan muncul pemimpin yang seberani beliau di negara kita Malaysia ini.

*************************************************************** 
Parti DAP di Malaysia semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Cina, sedangkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu Singapura atau parti UMNO Singapore itu pula semakin ditinggalkan oleh orang Melayu Singapore. Mesti ada sebab kedua-dua keadaan yang berlawanan ini berlaku, renung-renungkanlah.

Kalau kita tidak mahu mengambil langkah pertama untuk berubah dari masa sekarang, maka kita akan terus menghadapi keadaan dan masalah yang sama seperti sekarang ini untuk selama-lamanya.



***************************************************************


Kalau hari ini kita tidak mengambil berat atau tidak ambil peduli dengan sebuah pilihanraya yang bersih, bebas dan adil, tidak mustahil satu masa nanti kita juga akan mendapat pemimpin yang kejam seperti di Syria.


***************************************************************

Amat jelas, menyokong Morsi bermakna kita menyokong saudara kita yang dizalimi di Palestin, menyokong Sisi sama seperti kita menyokong regim Israel.

***************************************************************

Mungkin ramai lagi yang tak faham apa maksud kemerdekaan, ia boleh diterangkan seperti berikut. Kalau Presiden Obama bertanding dalam pilihanraya umum Malaysia untuk jawatan Perdana Menteri dan beliau menang, ini bukan bermaksud Amerika menjajah Malaysia, dan Negara kita masih dikatakan merdeka.

Dengan kata lain, kemerdekaan itu adalah bermaksud kita mempunyai hak untuk memilih tanpa dipaksa. Tetapi kalau menang bertanding dengan cara menipu, berat sebelah, dan media mereka control, walaupun yang menang itu UMNO, kita sebenarnya adalah dijajah.


***************************************************************

Orang alim bagitahu, dunia ini adalah tempat kita memberi atau menyumbang, jangan fikirkan untuk mendapat balasan. Di akhirat pula tempat kita menerima dan di sana tidak perlu lagi untuk kita memberi.


***************************************************************

Berbeza dengan orang awam, untuk orang politik, bersalah atau tidak ditentukan oleh ‘kuasa’, bukan ditentukan oleh makamah. Kalau ada kuasa, yang bersalah boleh ditukar kepada tidak bersalah, sebaliknya kalau tidak ada kuasa, yang tidak bersalah boleh ditukar kepada bersalah.

***************************************************************

Kalau kita lihat dalam masyarakat semut atau lebah. Setiap semut atau lebah itu ada tugas masing-masing. Ada golongan pekerja, ada askar dan ada yang jadi ratu. Semua faham tugas masing-masing, mereka hidup harmoni. Serupa jugalah dengan sistem Adat Perpatih, adat ini dicipta sesuai dengan keadaan masyarakat pertanian sara diri satu masa dulu, pekerjaan mereka lebih kurang sama atau seragam, oleh itu mereka boleh hidup harmoni dengan adat itu. Tapi sekarang kita dah masuk masyarakat era industri, cara hidup dan pekerjaan dah tak sama lagi, wanita pun ramai bekerja, terdapat juga orang Negeri Sembilan yang berkahwin dengan orang Melayu dari negeri-negeri lain. Adat perpatih itu telah tidak dapat lagi menyesuaikan diri dengan masyarakat sekarang.
Islam juga yang sesuai sepanjang zaman.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com