Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, January 03, 2015

Rakyat Negara China sangat menghargai harta dan kemudahan awam



Rakyat China sangat menghargai harta dan kemudahan awam yg disediakan. Sebagai contoh, kerajaan China menyediakan kemudahan basikal untuk rakyatnya. Basikal-basikal ini diletakkan di beberapa setesen yang berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. Rakyat yang ingin menggunakan basikal yang disediakan itu boleh pergi ke setesen basikal yang berhampiran. Tidak ada penjaga di setesen basikal ini. Pengguna boleh membuka kunci basikal dengan hanya mengimbas kad pengenalan mereka dan kunci basikal akan terbuka. Basikal-basikal ini boleh digunakan untuk pergi ke mana sahaja dan pengguna hanya perlu letakkan semula di mana-mana setesen yg paling hampir setelah menggunakannya.

Saya tidak boleh bayangkan kalau kemudahan seperti ini disediakan di Malaysia, mungkin akan banyaklah basikal-basikal yang akan hilang tayarnya.
Bagaimana rakyat mereka ini boleh dididik supaya tidak merosakkan kemudahan awam? Memang patut kita belajar dari mereka.

Dunia pendidikan kita terlalu menumpukan soal melatih modal insan, tetapi kurang memberi tumpuan melatih insan supaya berperibadi mulia.

Kita kagum dengan rakyat Jepun yang berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka walupun mereka bukan beragama Islam atau Kristian.

Setiap tahun kita mempromosi cara hidup dan akhlak rasulullah, tetapi orang kita masih juga tidak berdisiplin, masih juga tidak amanah, masih juga membuang sampah, masih juga mementingkan diri.
Mungkin kita perlu belajar dari Jepun dan China.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com