Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, October 07, 2011

Pengamal perubatan alternatif patut bayar ganti rugi jika penyakit tidak sembuh

Sekarang ini bermacam-macam bentuk perubatan alternatif terdapat di Negara kita. Pengamal perubatan ini mendakwa telah banyak pesakit-pesakit mereka telah dapat disembuhkan tanpa memerlukan pembedahan dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


Walaupun melalui testimoni yang mereka paparkan menunjukkan kejayaan-kejayaan dalam penyembuhan penyakit, tetapi masalahnya, kebanyakan keberkesanan kaedah perubatan alternatif ini tidak pernah dapat dibuktikan secara klinikal.

Sebenarnya ramai juga pesakit-pesakit yang menggunakan kaedah perubatan alternatif ini yang tidak berjaya disembuhkan, tetapi kes-kes yang tidak berjaya ini tidak pernah pula didedahkan.

Walupun kerajaan tidak menghalang kegiatan perubatan alternatif ini, tetapi ini tidak bermakna kaedah perubatan ini berkesan dan dijamin mampu menyembuhkan penyakit. Selagi ia tidak membahayakan orang ramai, kerajaan tidak ada masalah untuk memberi lesen kepada kegiatan mereka.

Di pihak pengamal perubatan alternatif ini juga harus ada rasa bertanggungjawab, supaya perkhidmatan mereka terus mendapat keyakinan dari orang ramai untuk terus menggunakannya.

Oleh kerana kaedah perubatan alternatif tidak dapat dibuktikan secara klinikal, kita mengalu-ngalukan mereka membuat bayaran ganti rugi kepada pesakit mereka jika penyakit mereka tidak sembuh setelah menggunakan kaedah perubatan tersebut.

Dengan cara ini, pesakit akan lebih percaya dan tidak teragak-agak untuk menggunakan perkhidmatan perubatan alternatif, kerana mereka rasa tidak tertipu dan tidak rugi untuk mencuba.

Kalau betul-betul pengamal perubatan alternatif ini ikhlas dan tidak sekadar mencari keuntungan saja, mereka harus berani memberi jaminan wang dikembalikan jika penyakit pesakit tidak menunjukkan perubahan yang positif setelah menggunakan ubat atau kaedah perubatan mereka.

Dengan adanya jaminan seperti ini, sebenarnya, untuk jangkamasa panjang ia akan menguntungkan pengamal-pengamal perubatan alternatif itu sendiri, di mana orang ramai akan bertambah yakin dengan kaedah perubatan mereka.

Sepatutnya mereka tidak hanya mendakwa kaedah perubatan mereka boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, tetapi mereka harus juga bertanggungjawab dengan apa yang mereka katakan itu.

Saya menulis isu ini melalui pengalaman saya sendiri. Isteri saya disahkan melalui pemeriksaan doktor hospital mengidap fibroid. Untuk setiap tiga ke lima bulan, dia akan pergi ke hospital untuk membuat pemantauan kepada saiz fibroid dan cyst yang ada dalam rahimnya. Setiap kali pemeriksaan dibuat, setiap kali itu juga fibroidnya bertambah bilangannya dan membesar.

Satu hari, ada rakan memperkenalkan ubat alternatif SNE (gambar) untuk dicuba, rakan itu juga memberitahu, ada seorang testimonial yang ada penyakit fibroid telah menjalani pembedahan untuk membuang fibroidnya, dan selepas pembedahan itu dia telah mencuba ubat SNE, didapati fibroid tidak tumbuh lagi selepas menggunakan ubat SNE.

Tertarik dengan cerita rakan tersebut, isteri saya turut ingin mencuba ubat SNE dengan harapan ubat ini boleh menghapuskan fibroidnya tanpa perlu menjalani pembedahan.

Setelah beberapa bulan memakan ubat SNE, sampailah tarikh temujanjinya untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan fibroidnya. Hasil pemeriksaan itu didapati fibroid dan cyst nya masih ada, masih tidak hilang. Bagaimanapun alhamdulilah bilangan dan saiznya tidak lagi bertambah.

Kesimpulannya, ubat SNE ini tidak mampu menghapuskan fibroid atau cyst, tetapi bagaimanapun ia berjaya menghalang pertumbuhan dan perkembangan fibroid dan cyst.

Selepas itu saya terbaca testimonial penyakit fibroid yang dikeluarkan oleh sebuah pusat perubatan homeopathy yang terkenal di tanah air, melalui internet. Pesakit dalam testimonial itu telah mendakwa kononnya setelah mengambil ubat-ubat homepathy yang tertentu yang diberi oleh doktor homeopathy di pusat itu selama sebulan, didapati fibroidnya mengecil dan selepas enam bulan, fibroidnya terus hilang.

Tertarik dengan cerita testimonial tersebut, saya telah mendapatkan ubat-ubat tersebut dari klinik homeopathy yang tidak kurang terkenalnya, yang terletak berhampiran kawasan rumah saya. Di samping memakan ubat SNE, isteri saya mula mengambil ubat-ubat yang saya beli dari klinik homeopathy itu.

Setelah enam bulan masa berlalu, dalam tempoh itu isteri saya tidak pernah putus mengambil ubat-ubat homeopathy yang dicadangkan itu, kini tarikh temujanji untuk pemeriksaan fibroidnya dengan hospital kerajaan pun tiba. Sungguh mengeciwakan, fibroid dan cyst nya bukan sahaja tidak hilang tetapi masih tidak berkurang, sama seperti sebelum itu.

Kita rasa macam tertipu dengan perubatan alternatif ini, dan pihak pengamal perubatan ini terus membuat keuntungan tanpa kita dapat mengambil tindakan untuk menuntut ganti rugi.

Apakah testimonial yang mereka paparkan di internet itu hanya sebagai memancing pesakit-pesakit untuk mendapat khidmat rawatan mereka? Saya rasa ada kemungkinan testimonial yang mereka paparkan itu adalah direka-reka oleh pihak pengamal itu sahaja. Saya yakin testimonial itu bukan ditulis oleh pesakit, kerana biasanya pesakit adalah orang awam yang tidak pernah tahu nama-nama ubat yang diberi oleh doktor homeopathy ini.

Saya sendiri pun sebelum ini juga pernah menggunakan khidmat perubatan homeopathy untuk penyakit yang saya hidapi. Bila kita berjumpa doktor kita akan memberitahunya tentang penyakit kita, selepas itu doktor akan memberi kita ubat dan kita tidak pernah ambil tahu nama-nama ubat yang diberi.

Kita tidak kisah kalau ramai orang pergi mendapatkan khidmat bomoh dan ubat air jampi dari mana-mana ustaz untuk menyembuhkan penyakit mereka, kerana kaedah perubatan cara itu tidak pernah pun didaftarkan dan tidak pernah diberi lesen oleh pihak berkuasa. Kesembuhannya memang tidak pernah dijamin dan hanya bergantung kepada keyakinan masing-masing untuk mempercayainya.

Tetapi kaedah perubatan alternatif yang saya bincangkan di sini ialah kaedah perubatan dan rawatan alternatif yang berdaftar dan diberi lesen untuk menjalankan kegiatan mereka. Sepatutnya mereka perlu lebih bertanggungjawab dan tidak sekadar untuk mengaut keuntungan sahaja. Mereka tidak sepatutnya menjadi seperti penipu yang berlesen.

5 comments:

-WADAH- said...

Sokong!

Anonymous said...

OK.. kalau gitu, baru-baru ni aku buat rawatan IVF ICSI di salah sebuah klinik kerajaan dengan belanja hampir mencecah RM10,000 dengan harapan akan dapat anak. lepas sebulan lebih aku buat pemindahan. semuanya gagal dengan datangnya haid isteri. so aku wajar untuk buat tuntutan bayaran semua 10,000 dengan pihak hospital sebab gagal bukan? namun ko rasa semua hospital kesuburan nak pulangkan semula ke kos rawatan sedangkan rawatan ICSI ini 40% boleh berjaya dan tiada jaminan untuk 100% teori rawatan dan proses nampak tapi tak sepertinya berjaya. Apa bezanya!

Anonymous said...

aku rasa perlu adil untuk tidak menuduh hanya perubatan alternatif sahaja yang 'bermasalah' hingga perlu pembayaran semula rawatan diberikan kepada pesakit sedangkan rawatan allopathy (konvensional) yang telah dibina atas teori dan kajian juga gagal dalam menyembuhkan sebahagian penyakit tapi tiada suara2 yang meminta bayaran semula kos rawatan untuk rawatan sedemikian diberikan kepada pesakit! Nak pertikai, perlu secara keseluruhan bentuk rawatan dan bukan alternatif sahaja. Lebih malang sewajarnya rawatan allopathy yang lebih canggih kesembuhan perlulah berbaloi dengan wang yang dilaburkan maka ini perlu diambil tindakan sewajarnya. Adakah kegagalan untuk menuntut kos yang ada terikat dengan undang2 ciptaan manusia ini!?

Unknown said...

mana ada ubat yg sempurna dan mujarab untk semua jenis penyakit dlm dunia ni,kita sembuh mkn ubt adalah asbab saja sbb mkn ubt tu,tp yg bg penyembuhan adalah tuhan kita,mkn ubt mahal mana pun kalau dia xbg sembuh,xkn sembuh juga..

Anonymous said...

Hai, nk bg pendapat sikit..
Bagi saya lah, sepatutnya as org islam, perubatan menggunakan ayat2 AlQuran yg sepatutnya dijadikan rawatan utama, dan perubatan moden dijadikan rawatan alternatif..
Means, kita letak kebergantungan kita kt Allah, at the same time kita berusaha dgn perubatan moden ke, homeopathy ke, apa2 saja lah..
Saya tak setuju kalau nk terus katakan rawatan moden hospital yg gunakan drugs n chemical content mmg fully 100% boleh sembuhkan..sebaliknya majoriti ubat2an hanya menghilangkan simptom dgn lebih cepat dlm masa yg singkat..
Saya tak juga bersetuju homeopathy ni 100% menyembuhkan sebab semua bergantung pada diri dan keyakinan serta kesabaran pesakit..
Yang penting, kena percaya yg memberi kesembuhan tu Allah je, bukan Dr, bukan Dr homeopathy, bkn ustaz, bukan bomoh..

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com