Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, February 27, 2009

A letter from Lim

ISI surat saya kepada Lim:

Pertemuan kita secara tidak sengaja dalam bas dari JB ke KL pada 13 February 2009 yang lalu, memberi kenangan yang sangat bernilai buat diri saya. Tentu Tuhan ada sebab untuk mengaturkan kita dapat tempat duduk sebelah menyebelah di dalam bas tersebut.

Perbualan kita bermula dengan luahan tidak puas hati anda terhadap etika operator syarikat bas ekspres yang kita naiki itu yang telah tidak memberikan perkhidmatan yang sebenar seperti yang telah ditawarkan semasa membeli tiket.

Semasa membeli tiket anda telah diberitahu bas tersebut adalah bas 26 penumpang tetapi bila tiba masa hendak naik bas, bas yang datang ialah bas 40 penumpang. Saya juga perasan dengan dakwaan anda itu tetapi saya tidak ambil pusing sangat, kerana sebagai rakyat Malaysia yang hidup di Malaysia perkara seperti itu adalah perkara biasa, nak komplen pun tak guna.

Sebaliknya saya telah syorkan kepada anda pastikan kita tidak menaiki bas dari syarikat tersebut di masa-masa akan datang, sebagai menunjukkan tanda protes kita. Apa yang membuatkan saya lebih terpukul ialah sayarikat bas tersebut dipunyai oleh orang Melayu, kaum saya sendiri.

Walaupun saya tahu anda tidak ambil pot samada syarikat bas itu orang Melayu atau orang Cina yang punya tetapi saya tetap berasa malu kerana ia akan memberikan imej buruk kepada kaum saya.

Setelah beberapa lama berbual dengan anda dalam bas itu saya dapat mengagak anda adalah seorang keturunan kaum Cina Malaysia yang telah berjaya membina kehidupan di Melbourne Australia.

Anda telah mencari peluang di Australia kerana Negara tumpah darah anda tidak dapat memberi peluang yang luas kepada anda menunjukkan kebolehan anda disebabkan anda dari kaum Cina atau bukan bumiputra.

Namun sepanjang lebih 30 tahun hidup di Australia, anda masih mengingati Negara ini dan hati anda begitu dekat dengannya. Ingatan anda di zaman kanak-kanak yang membesar dan bersekolah di Kuala Kangsar merupakan satu nostalgia yang sukar untuk anda lupakan.

Walaupun banyak rasa kesal dan tidak puas hati anda kepada polisi yang menyebabkan anda mencari kehidupan di Negara asing namun jauh di sudut hati kecil anda, anda masih berharap keadaan di masa depan Negara ini akan berubah kepada yang lebih baik yang dapat melayan kaum minoriti secara lebih adil.

Sudah tentu kerajaan Australia mempunyai polisi yang berasaskan merit tanpa kira kepada rakyat mereka sendiri mahu pun kepada pendatang asing sehinggakan anda sendiri dapat peluang dan kebolehan anda diterima baik di sana. Malah sebagai orang luar yang berbeda resam dan budaya pun anda masih berasa puashati dan selesa dengan layanan mereka, kalau tidak masakan anda boleh bertahan lama untuk tinggal di sana.

Ramai nama kawan-kawan Melayu yang anda sebutkan kepada saya dengan begitu lancar dan jelas sekali, yang mana mereka telah anda kenali sedari kecil yang juga merupakan kawan-kawan sekolah anda. Ini menunjukkan anda terus berhubung dan berkawan rapat dengan mereka sehingga ke hari ini.

Sedangkan saya pula tidak dapat menyebutkan kepada anda walau satu nama pun nama rakan-rakan saya dari kaum Cina. Ini bukan bermakna saya tidak suka untuk berkawan dengan kaum Cina tetapi suasana yang berbeda antara zaman saya dan zaman anda membuatkan perkara itu terjadi.

Di zaman anda, murid-murid bersekolah di sekolah yang sama. Sedangkan di masa saya, anak kaum Cina sekolah di sekolah Cina, anak Melayu sekolah di sekolah kebangsaan dan anak India sekolah di sekolah Tamil. Ini semua angkara dari sikap ahli-ahli politik yang ektrimis yang hanya memikirkan kaum mereka sahaja tanpa memikirkan akibatnya kepada pembentukan bangsa Malaysia.

Selama ini juga saya telah banyak menulis akan kepincangan hubungan kaum di Negara ini yang disumbangkan ahli-ahli politik Negara yang telah menggunakan sentimen kaum untuk meraih keuntungan politik mereka.

Mereka kelihatan hero untuk memperjuangkan kaum mereka. Tetapi akhirnya kita nampak tujuan mereka hanya untuk membina empayar kekayaan menggunakan kuasa politik yang mereka dapat.

Anda juga berulangkali memberitahu saya, jika suatu kaum itu dilayan secara amat teruk, bagaimana kita hendak harapkan dari mereka kesetiaan mereka kepada Negara. Sebagai orang biasa yang termasuk dalam kaum yang mendapat keistimewaan dari polisi kerajaan, saya hanya mampu bersimpati dengan apa yang telah anda lalui dan alami itu.

Walaupun ada beberapa polisi kerajaan yang telah disalah tafsir oleh ahli-ahli politik yang ektrimis, memberi kelebihan dan keistimewaan kepada kaum saya tetapi ini tidak bermakna semua orang dari kaum saya bersetuju dengan polisi yang tidak adil dan menindas.

Harapan saya kepada anda, moga anda tidak terus membenci Negara tempat tumpah darah anda sendiri. Pada saya semua ini bukan salah Negara kita tetapi yang bersalah dalam hal ini ialah mereka yang melaksanakan polisi itu. Seperti yang anda sebut, tidak semua orang Cina, orang Melayu dan orang India itu jahat, sebagai manusia mereka ada yang jahat dan ada yang baik.

Sama-samalah kita berdoa moga disuatu masa nanti kita akan dianugerahkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi yang boleh bersikap adil kepada kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dengan itu dapatlah anak-anak kita hidup sebagai satu bangsa yang cintakan Negara ini tanpa berbelah bahagi.


Here is the reply from Lim:

Good-day Alias (this is a fairly typical way Australians would greet people, either as friends or strangers;" How is it going, mate?" is another common greeting.). I am most delighted to hear from you! My apology for not replying any earlier, as we have just arrived back in Melbourne last Monday evening i.e. 23/2/09, at about 10p.m. local time(approx. 7 p.m. Malaysian time). Each time my Wife and I got back to Melbourne from an oversea trip, we usually take about two to three days to get back to normal. Time now is 3.10 a.m. early Friday morning. You must be in bed as it is already past midnight Thursday your time.

Yes, Alias I do remember you. It has been a long time since I had such an interesting exchange of ideas and a very meaningful conversation with a fellow country-man on a coach journey. A few years ago (maybe five years) I also met a Malaysian (an Indian lady) travelling from Kuala Kangsar to KL, and were engaged in an interesting conversation. Soon after I got back to Sungkai to pick my Wife and her mother to Ipoh the following day, I told my Wife about our meeting in the coach journey from JB to KL. She thought it was most interesting.

It has been quite a long time since I left Malaysia, 4/4/1971 to be precise, for London to further my education.While in London, I have picked up alot in terms of understanding Malaysia, in particular, and the world in general. It is always sad to leave one's country of birth for another country.I felt a bit disorientated or perhaps, bewilded. Imagine coming from a small town like Kuala Kangsar to a big international city like London. I had no friends or relatives. I was a complete stranger in a 'strange' place. I must say it has been such an experience in my life.My five years in London has definitely taught me many, many things about peoples and other countries. I began to be more analytical about Malaysia. In other words, I was able to look at Malaysia much more objectively and critically. I began to understand international politics better. This is because of my exposure to a wide variety of ideas from so many sources.

Each time I visited Malaysia, I felt 'sad' and 'happy' at the same time. Sad because people close to me are no longer around, such as, both my grandparents, parents,my good childhood friends like Syed Mohammed and others, my other next-of-kins and so forth. Happy because I am able to catch up with old and not-so-old friends and classmates or school-mates who are still around and about. It is like walking down the memory-lane. It is also like living in a 'fantasy' world. What I mean by that is this; I have been living in a relatively more affluent country like Australia in terms of better amenities and facilities, different concepts of value in life. Next I could be in a different world like Malaysia, my country-of-birth, full of sweet-bitter memories and nostalgies. I am able to compare and enjoy the best of two worlds.I really feel a bit surreal, I mean, it is real and yet not so real. There is alot of emotional attachments as well.

Well, Alias, it must be my good fortune to have met such an open-minded fellow country-man like you. I enjoyed your company and I hope we meet again. At least we are able to communicate, thanks to this modern technology called Internet, at our convenience. Please do not feel, in any way, restricted in expressing your opinions .Hey, I would like to polish up my Bahasa Melayu with you.

In Australia,every so often I met Malaysians from all walks of life and racial mix. I always enjoy talking to them.Of course we exchanged our opinions in a constructive way. One of the most common topics discussed is about culture and race, and religion. I have always maintain that culture belongs to a race whereas religion is a choosen path of an individual(s). I hope our Malaysian society can one day adopt this view in a meaningful way and further promote and foster racial harmony and integration, and make Malaysia a 'strong' and outstanding nation in the world.

Alias, remember in our 'coach' conversation we mentioned healthy living? I have always said life is what we make out of it. We must eat healthy and exercise whenever we can. I know life gets in the way but we must always try to make time. Compared to me you are still a fairly 'young' person. Success in life is not just about career, money and status. Personally, success in life also mean maintaining good health and bringing up our children in a happy and healthy environment, and be a happy and fulfilling person.Unfortunately, as you said, politicians do not have strong political views in doing the right thing by the people. They take things for granted and tend to be selfish and greedy at the expense of their citizen. The key word here is TRANSPARENCY!!! This is most lacking in South-east Asian countries..

By the way, if you or any one of your children do have the opportunity to visit Melbourne, please do not hesitate to contact me. I hope before long we could meet again Take good care and of course, your family.. Goodbye for now! Will write again next time.

Warmest Regards
Lim Eng Siong

10 comments:

ahmadyani said...

Memang susah hendak berjumpa orang melayu berkawan dengan kaum lain sejak dari zaman sekolah. Selalunya berkawan kerana sepejabat saja, itupun kalau satu pejabat berbilang kaum. Kalau satu kaum saja, itulah saja kawannya.

Anonymous said...

Satu nukilan konversasi dari inti hati antara dua anak bumi Malaysia, satu perkongsian nostalgia dan refleksi mengenai sejarah dan realiti sosioekonomi dan hubungan etnik di tanahair Malaysia kita.

Saya syorkan para anak muda serta yang lebih tua juga membaca, memahami dan menghayati jiwa dan tauladan disebalik tulisan saudara Alias ini.

Terima kasih.

Gjoe. said...

tolong la cri sistem politik masyarakat cina selepas penjajahan...plezzzaaaaaaaa....tlg sgt2...

Daddy said...

Salam...

Inilah dia contoh perjuangan Ketuanan Melayu yang menjahanamkan negara bangsa... Cina Malaysia sekarang telah menjadi warga dunia.. tapi Melayu Malaysia masih rasa tersepit dan ketakutan kepada Cina di negara sendiri hasil perjuangan karut ahli politik yang kononnya perjuangkan Melayu

Melihat Kesunyataan said...

Salam,
Saya begitu terkesan dengan surat balasan dari sahabat keturunan Cina yang saudara temui semasa dalam perjalanan JB-KL. Saudara juga menyatakan bahawa Lim yang telah lama bermastautin di Australia merasa semacam tidak beruntuk tinggal di Malaysia kerana dia orang Cina. Luahan Lim itu sebenarnya adalah mewakili luahan kebanyakan orang Cina di Malaysia. Mereka terasa seperti terasing jika dibandingkan dengan orang Melayu. Mengapa begitu? Sebenarnya saudara sendiri telah menjawabnya. Politik dan dasar pendidikanlah yang menyebabkan kita semakin terpisah. Kalau kita merujuk di Barat atau di Australia sendiri, mereka menerima dasar pendidikan yang sama. Baik apa bangsa, apa golongan mereka tetap belajar dalam satu sistem pendidikan bahasa Inggeris. Sedangkan kita di Malaysia caca merba, mula-mula terasing 6 tahun dengan bahasa cina, tamil dan bahasa Melayu. Kemudian 5 tahun sekolah Menengah guna bahasa Melayu. Bila ke perengkat pengajian tinggi, masing-masing pilih ikut macam-macam pengantar pula. Kelang kabut jadinya. Ini salah satu sebab sahaja. Ada banyak lagi. Sama-samalah kita fikir.

Anonymous said...

terasa gembira apabila membaca pandangan daripada org melayu dan cina,saya juga berasa kita harus menyokong katat2 encik alias
MALAYSIA BARU 2013, SATU BANGSA SATU NEGARA, BERASASKAN DEMOKRASI YANG TELUS, BEBAS DAN ADIL.

dan yang berpandangan jauh,rasional

kekwa66 said...

Terharu....baru saya faham kenapa Namewee buat video klip, sampai timbul kontrovesi!

Terima kasih saudara penulis! Pengalaman saudara selama 5 jam di dalam bas memang amat berharga!

boonkwang said...

Bagi saya, walaupun sekolah rendah pelbagai bahasa satu sebab yang mengelakkan kita saling memahami budaya dan agama masing-masing, kita x mungkin balik ke zaman dulu. Ini disebabkan perasaan saling tidak mempercayai. Bukan orang Cina tidak terima konsep "bangsa Malaysia", tetapi mereka bimbang bahasa ibunda akan dihapuskan. Bimbang ini berdasarkan ketidakadilan terhadap SJK(C) selama ini. Cuba tengoklah betapa susah masyarakat cina yang berusaha memelihara SJK(C) ini, kumpul duit merata-rata, berbanding dengan SK yang kerajaan support sepenuhnya.

boonkwang said...

Untuk SJK(C), semua murid diberikan konsep "Malaysia satu negara yang unik dengan pelbagai kaum hidup beramah mesra". Mereka yakin sepenuhnya. Tetapi mereka realise apabila datang ke "real world".

Banyak politik yang tidak adil, kita x blh buat ape2, terpaksa terima. Yang lebih penting, ramai yang tidak tahu tentang perbezaan ini, atau take it for granted, selepas menerima satu suara dari media massa tertentu dari kecil sampai dewasa.

Bayangkan, kalau bukan blog atau media elektronik, mungkin x kita exchange idea begitu bebas? Mungkin x kita tahu isu-isu masyarakat lain? Tentu tidak. Itulah masalah yang paling besar.

boonkwang said...

Tambahan, walaupun saya boleh "memahami" tindakan namawee, saya tidak setuju dengan perbuatan namawee sepenuhnya.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com